Kisah-Kisah Sejarah Negeri Kelantan mengandungi sejumlah peristiwa-peristiwa bersejarah atau kisah-kisah sejarah yang agak besar dan terpilih yang berlaku di negeri Kelantan, yang ditulis dengan sangat cermat dan teliti, serta dilengkapi dengan tarikh-tarikh yang tepat dan fakta-fakta yang menarik. Ada banyak peristiwa dan tarikh-tarikh penting dalam sejarah Kelantan yang sebelum ini kabur atau tidak jelas, malah bersimpang-siur di antara seorang ahli sejarah dengan seorang ahli sejarah lainnya, dapat diselesaikan atau ditemui jawapannya dalam buku ini.
Meskipun tidak merangkumi, dan hanya mengambil peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku sejak suku terakhir abad ke-19 atau pada akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad II sahaja, akan tetapi pemerian peristiwa atau kisah-kisah dalam buku ini sangat rinci, tepat fakta serta diolah atau dikemas dalam gaya tulis yang menarik, enak dibaca dan mudah dihadam.
Kisah-Kisah Sejarah Negeri Kelantan sedikit berbeza daripada buku-buku sejarah Kelantan yang pernah diterbitkan sebelum ini. Kalau buku-buku sejarah Kelantan sebelum ini adalah menyeluruh dan merangkumi, dalam erti ia mengandungi sejarah negeri sejak awal sehingga sekarang, maka tidak demikian halnya dengan buku ini yang sebaliknya mengambil peristiwa-peristiwa sejarah atau kisah-kisah sejarah yang agak besar dan penting yang berlaku di negeri Kelantan, kemudian mengolahnya dengan sangat cermat dan hati-hati, serta dilengkapi dengan tarikh-tarikh yang tepat dan fakta-fakta yang menarik. Ada banyak peristiwa dan tarikh-tarikh penting dalam sejarah Kelantan, yang sebelum ini kabur atau tidak jelas, malah bersimpang-siur di antara seorang ahli sejarah dengan seorang ahli sejarah yang lain, dapat diselesaikan atau ditemui jawapannya dalam buku ini.
Seperti dikatakan, Kisah-Kisah Sejarah Negeri Kelantan tidak bercadang untuk merangkumi sejarah Kelantan sejak awal. Kebanyakannya hanya mengambil peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku sejak suku terakhir abad ke-19 atau pada akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad II sahaja; dimulai dengan peristiwa angin besar pada 1880, diikuti dengan keturunan Sultan Ahmad, pemerintahan Sultan Mansor, Musuh Tok Janggut, penubuhan MAIK dan peristiwa-peristiwa lain selepasnya. Turut menjadi fokus buku ini juga ialah beberapa peristiwa kecil tetapi menarik, yang pernah berlaku di Kelantan seperti peristiwa Raja Kerja Tiga Bulan, peristiwa perlagaan harimau dengan kerbau dan lain-lain.
Dengan melihat kepada tajuk-tajuk yang menjadi kandungan Kisah-Kisah Sejarah Negeri Kelantan, sangat jelas diketahui bahawaia adalah sebuah buku yang merangkumi peristiwa-peristiwa yang dapat diistilahkan sebagai “sejarah kecil” bagi negeri Kelantan, tetapi ditulis dengan fakta-fakta sejarah yang boleh dipertanggungjawabkan dari sudut ilmiah serta dikemas dalam gaya tulis yang menarik, enak dibaca dan mudah dikunyah. Kisah-kisah kecil seperti ini, dalam istilah sejarah disebut “petite histoire“, sebuah istilah dari bahasa Perancis yang bermaksud tulisan-tulisan sejarah dalam tajuk kecil yang ditulis oleh sejarawan informal atau sejarawan “bukan akademis”, tetapi mengandung nilai bagus untuk rakaman sejarah sesebuah negeri.
Dari tulisan sejarah “kecil-kecilan” ini, pada gilirannya nanti, selepas dipertemu atau dipertautkan dengan tajuk-tajuk sejarah kecil lainnya, diharapkan bakal terkumpul setompok sumber rujukan sejarah yang menarik dan otoritatif untuk ditulis semula dalam bentuk yang lebih luas dan menyeluruh.
Sejatinya sudah sejak lama orang berfikir bagaimana untuk menulis sejarah yang mampu menarik minat generasi muda. Dalam pemerhatian penulis, sejarah yang menarik tak hanya terdiri daripada serangkaian tahun dan peristiwa untuk dihafal atau diingati, tetapi juga yang dirasakan hidup dan bermakna dalam kehidupan zaman sekarang. Dalam hal ini, sejarah ternyata bukan barang “kering” semata-mata, melainkan suatu realiti yang terus hidup dan bergerak untuk difahami dan dihayati. Salah satu sebab kenapa anak-anak muda zaman sekarang tidak mempunyai semangat patriotik kepada tanah airnya, maka salah satu jawapannya ialah kerana mereka tidak mengerti sejarah negeri dan bangsanya.
Paling menarik dalam semua tulisan ini ialah ketepatan beliau memberikan tarikh-tarikh bagi peristiwa-peristiwa yang diceritakan, malah kadang-kadang lengkap dengan padanan tarikh Hijriah dan Miladiyyahnya sekali. Misalnya tarikh mangkat Long Yunus pada 27 Zulhijjah 1209 bersamaan 15 Julai 1795, tarikh mangkat Sultan Muhammad I pada 27 Safar 1251 bersamaan 24 Jun 1835, tarikh keputeraan Sultan Muhammad IV pada pagi Ahad, 21 Safar 1287 bersamaan 22 Mei 1870, tarikh Angin Besar melanda Kelantan (pada Hari Raya Haji kedua 11 Zulhijjah 1297 bersamaan 14 November 1880), tarikh mangkat Sultan Muhammad II (31 Oktober 1886), tarikh Bah Air Merah mulai melimpah tebing Sungai Kelantan pada hari Jumaat 24 Disember 1926, mencapai titik puncak pada hari Ahad 26 Disember 1926 dan mematah surut pada 2 Januari 1927; tarikh mangkat Tengku Temenggong Tengku Abdul Ghaffar (jam 1.45, hari Juma’at 3 Mei 1935), tarikh mangkat Raja Dewa Tengku Zainal Abidin bin Long Kundor (28 Februari 1945), tarikh penolakan ke atas takhta Kerajaan Kelantan oleh Raja Muda Tengku Indera Petra (25 November 1947), dan lain-lain tarikh menarik.
Reviews
There are no reviews yet