Out of stock

Konservasi Artifak Meriam Sejarah: Kaedah Saintifik

ZAMRUL AMRI ZAKARIA adalah Pengarah Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Penulis bersama MUHAMMAD DAUD dan AZALI MUHAMAD

Jabatan Muzium Malaysia (Cetakan Pertama, 2009)
134 halaman termasuk Indeks

RM72.00

Out of stock

Konservasi Artifak Meriam Sejarah: Kaedah Saintifik merupakan sebuah usaha penerbitan bersama antara Jabatan Muzium Malaysia dan Agensi Nuklear Malaysia yang memfokuskan kepada asas konservasi artifak sejarah bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa serta memerlukan garis panduan dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi artifak. Konservasi artifak meriam bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Kebanyakkan meriam yang berada dipersekitaran luar seperti di kota-kota pertahanan bersejarah dikenal pasti telah mengalami proses kakisan yang memerlukan perhatian segera. Proses konservasi yang berpandukan prosedur yang betul dan dapat menjamin artifak ini selamat dan berkekalan untuk tempoh yang lebih lama. Gaya dan bahasa buku ini telah dipermudahkan bagi membantu konservator dan individu-individu memahami setiap proses kerja tersebut.

Objektif utama aktiviti konservasi ialah memastikan artifak yang disimpan, sama ada oleh pihak muzium atau orang persendirian, sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta terkawal. Proses ini melibatkan kaedah pembersihan, rawatan dan pemeliharaan artifak sama ada secara saintifik atau bukan saintifik. Artifak yang telah dikonservasi serta berada dalam keadaan yang baik boleh dijadikan bahan kajian, rujukan, pameran dan pembelajaran untuk generasi masa kini atau akan datang.

Proses pembuatan meriam menggunakan kaedah tuangan ini telah berjaya menghasilkan meriam berbagai-bagai bentuk dan saiz. Proses tuangan ini mengaplikasikan teknik peleburan logam di dalam relau. Leburan logam kemudiannya dituang ke dalam acuan yang berbentuk sepucuk meriam. Lubang laras meriam pula digerudi ketika meriam berada pada kedudukan mendatar atau menegak. Terdapat dua jenis lubang laras, iaitu licin atau berlurah. Pada meriam sejarah, terdapat juga motif, ragam hias serta tanda perniagaan sesebuah syarikat, negara pengeluar dan juga untuk siapa meriam ini dibekalkan.

Konservasi Artifak Meriam Sejarah: Kaedah Saintifik memfokuskan kepada artifak meriam sejarah yang berada di kota-kota pertahanan bersejarah. Proses inventori telah melibatkan artifak meriam yang berada di Kota Kuala Kedah (Kedah), Kota Bukit Melawati (Kuala Selangor), Fort Cornwallis (Pulau Pinang) dan Bukit Puteri (Kuala Terengganu). Kota-kota pertahanan tersebut mempunyai taburan meriam yang banyak dan keadaan fizikal meriam juga masih elok untuk didokumentasikan.

Weight0.713 kg
Dimensions26 × 18.3 × 1.6 cm
Author(s)

, ,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.