Out of stock

Linguistik Bandingan Bahasa Iban

Senarai penulis:
RAHIM AMAN
MUHAMMAD NUR LATIF
SHAHIDI A. HAMID

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2018)
262 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Linguistik Bandingan Bahasa Iban merupakan sebuah buku hasil daripada kajian yang berterusan sejak tahun 2012 sehingga kini. Kajian yang ada sebelumnya hanya bersifat terarah pada lokasi tertentu yang sekaligus memperoleh dapatan yang juga bersifat in-situ. Buku ini menghuraikan rekonstruksi dan klasifikasi ke atas tujuh variasi Iban yang wujud di Sarawak. Tujuh wariasi Iban yang dituturkan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu, Kapit dan Limbang telah dijadikan sumber analisis dalam kerangka ilmu linguistik Bandingan. Usaha perbandingan variansi Iban ini adalah satu usaha yang sulit kerana medan penilitian yang wujud di sana amat sukar dan penuh rintangan. Namun, untuk melengkapkan dan menambahkan khazanah iventori kajian linguistik bandingan yang langka itu, buku ini dihasilkan dan direncanakan dengan penuh wibawa dalam lingkup kajian bandingan historis.

Acuan rekonstruksi yang diaplikasikan dalam penulisan ini ialah acuan rekonstruksi dalaman dan klasifikasi pula berdasarkan ciri inovasi bersama yang wujud dalam semua variasi Iban. Selain itu, buku ini juga menampilkan rekonstruksi leksikal terhadap lapan leksikal terhadap lapan leksikal medan semantik, iaitu waktu, bilangan, alam persekitaran dan warna, alat kelengkapan rumah tangga, istilah kekerabatan, kata ganti nama, anggota tubuh manusia dan haiwan dan anggota tubuhnya. Istimewanya buku ini ialah keupayaan memaparkan satu bentuk bahasa purba Iban yang dinamakan Basa Ibanik Serawak Purba (BISP) hasil daripada satu proses rekonstuksi dalaman yang penuh wibawa. Klasifikasi ke atas tujuh variasi Iban ini juga mengesahkan bahawa Variasi Iban Sibu, Kapit dan Bintulu lebih rapat dibandingkan dengan variasi Iban Sri Aman, Limbang, Betong dan Sarikei. Apa yang jelas, buku ini menampilkan satu dapatan baru dalam linguistik bandingan bahasa Iban.

Bahasa Iban dituturkan oleh suku kaum Iban yang bermukim di negeri Sarawak, Malaysia. Selain di Sarawak, bahasa Iban juga turut dituturkan di Kalimantan Barat, Indonesia, bahkan dalam catatan panjang mengenai asal usul penutur Iban disebutkan bahawa sebenarnya mereka tidak berasal dari Sarawak, akan tetapi mereka berasal dari Kapuas Indonesia dan menetap di kawasan Sungai Batang Lupar yang lebih dikenali sebagai Batang Air. Selanjutnya, dari Batang Air, kemudian berpindah lagi ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan mereka membuat rumah panjang di Delok, Mepi, Jinggin, Engkari, Skrang dan Lemanak. Namun demikian, ramai di antara mereka yang berpindah kembali lalu menetap di Sungai Undup dan Wong Tempangau.

Sepanjang sejarah keberadaan kaum Iban, mereka yang dikenali sebagai “kami Undop”, “kami Skrang”, atau “kami Menoa”, suku ini juga dinamakan oleh orang-orang Barat sebagai Sea Dayak. Menurut Pringle, gelar Sea Dayak kepada suku ini diberikan oleh James Brooke pada awal abad ke-19. Pada awalnya, orang Iban tidak mempunyai identiti atau nama yang melambangkan budaya mereka. Mereka hanya menamakan identiti mereka mengikut sungai yang didiami oleh mereka. Contohnya; “We of Skrang” (kami Skrang) atau “We of Undup” (kami Undup) dan kadang kala mereka menyebut “We of this areas” (kami menoa). Sea Dayak atau Dayak Laut juga merupakan antara istilah awal yang digunakan untuk merujuk orang Iban pada suatu ketika dahulu, seperti mana ditegaskan oleh Mees, bahawa kata “Dayak” sebenarnya bererti manusia, kata ini tidak merujuk kepada suatu kaum atau suku.

Majoriti suku kaum Iban tinggal atau berkampung di rumah panjang yang kebiasaannya terletak di pinggiran sungai dan di tepi jalan raya yang bertujuan untuk mempermudahkan aktiviti kerja mereka dan mempermudahkan mereka berinteraksi antara satu dengan lainnya. Selain itu, rumah panjang juga didirikan kerana faktor keselamatan, iaitu bagi menghadapi binatang buas, sekaligus menjimatkan bahan-bahan pembinaannya seperti bahan atap, dinding dan tiang kerana bahagianbahagian itu boleh diperoleh secara berkongsi. Selanjutnya, dari segi identiti bahasanya, bahasa Iban dapat digolongkan sebagai jenis bahasa aglutinatif, iaitu bahasa yang banyak menggunakan imbuhan dalam pembinaan ayat kompleks. Dari aspek fonem varian Iban Sarawak berbeda dengan bahasa Melayu, antaranya fonem /k/ dan /2/ adalah dua fonem yang berbeza dan bukannya sebuah fonem seperti dalam bahasa Melayu kerana maknanya berbeza ketika diucapkan, misalnya kata /ajak/ ‘mengajak’ dan /aja2/ ‘saja.’ Selain itu, konsonan plosif /h/ tidak wujud pada posisi awal katanya terkecuali dalam kosa kata pinjaman, seperti ungkapan Roth.

Weight0.385 kg
Dimensions22.5 × 14.9 × 1.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.