Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Jun 2003. Walau bagaimanapun jurnal ini pernah dihentikan penerbitannya pada 2007 hingga 2012. Jurnal ini kembali diterbitkan pada Januari 2013 sehingga kini.
Jurnal ini membicarakan isu dan pemikiran dalam pelbagai bidang dalam Dunia Melayu berdasarkan penyelidikan akademik bagi merakamkan pelbagai sudut tamadun, budaya, pemikiran, kesenian dan kearifan Melayu umumnya. Makalah dalam jurnal ini ditulis dalam bahasa Melayu (untuk kebanyakan makalah) dan dibenarkan juga dalam bahasa Inggeris.
Respons Seniman Malaysia Dekad 1970-an terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Satu Analisis Awal Pameran “Towards a Mystical Reality” (1974) dan “Rupa dan Jiwa” (1979)
Siti Nur Balqis Abdul Halim, Sarena Abdullah
Objek dalam Metafora dan Akal Budi Melayu
Nor Hashimah Jalaluddin
Pola Sebutan Monoftong Bahasa Jerman oleh Penutur Bahasa Melayu
Yusnul’ain Yunus, Stefanie Pillai
Survival of Makyung in Kelantan: The Challenge under the Federal Centric Environment
Nurulhuda Adabiah Mustafa, Nuraisyah Chua Abdullah, Azni Mohd Dian
Politik dan Ekonomi Terengganu pada Hujung Abad Ke-18: Kajian terhadap Warkah Sultan Mansur Shah I
Abd Ur-Rahman Mohamed Amin
Adaptasi Teks Sejarah kepada Filem: Kajian Bandingan Teks Sejarah Kerajaan Melayu Patani kepada Filem Queens of Langkasuka
Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Md. Salleh Yaapar
Lapisan Budaya Keris Taming Sari dalam Hikayat Hang Tuah: Pendekatan Budaya dan Semiotik
Sohaimi Abdul Aziz
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet