Out of stock

Membujur Lalu Berhutang Parah: Kesan Industri Hutang Terhadap Masyarakat Dunia

MOHD NAZARI ISMAIL adalah Profesor di Jabatan Dasar Dan Strategi Perniagaan, Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2019)
269 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

Out of stock

Membujur Lalu Berhutang Parah: Kesan Industri Hutang Terhadap Masyarakat Dunia adalah terjemahan kepada Till Debt Do Us Part: The Growth of the Global Banking Industry and Its Insidious Effects yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya pada tahun 2018. Kajian ini merupakan usaha yang tepat pada masanya kerana mendedahkan secara jelas bagaimana sistem kewangan kita berfungsi. Penulis telah dengan cara yang amat baik dan terperinci membuktikan betapa hutang awam dan swasta telah bertambah dan akhirnya menghancurkan rakyat, kerajaan dan negara. Buku ini juga menggariskan langkah-langkah bagaimana masyarakat boleh hidup tanpa hutang. Ini adalah bacaan penting untuk guru, pelajar, pegawai awam dan juga para reformis sosial.

Imam Malik berkata “Tidak ada ayat lain dalam Al-Quran selain ayat 279, Surah Al-Baqarah yang membuat aku lebih takut kepada kemarahan Tuhan yang mengisytiharkan perang terhadap pengamal Riba”. Sebenarnya industri perbankan adalah penyebab utama kepada krisis kewangan dan masalah kenaikan kos sara hidup. Tanggapan bahawa bank memberi pinjaman dengan menggunakan deposit oleh isi rumah adalah salah kerana bank tidak memerlukan kewujudan deposit untuk membolehkannya memberi pinjaman kepada pelanggannya. Bank sebenarnya mencipta ‘wang baru’ setiap kali ia memberi pinjaman dan oleh sebab itulah jumlah wang dalam sistem kewangan negara dapat berkembang dengan begitu cepat. Perkara ini telah disahkan oleh The Bank of England dalam satu penerbitannya sendiri berjudul The Bank of England Quarterly Bulletin, 2014.

Akibatnya, bukan sahaja nilai mata wang sentiasa menurun, bahkan jumlah hutang juga meningkat pada kadar yang sangat cepat sekali gus menyebabkan penderitaan kepada ratusan juta manusia di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan golongan lemah dan miskin.

Membujur Lalu Berhutang Parah: Kesan Industri Hutang Terhadap Masyarakat Dunia menghuraikan perkara tersebut dengan lebih terperinci dan menyumbang kepada pemahaman tentang kesan negatif industri perbankan, termasuk apa yang dipanggil ‘Perbankan Islam’. Sebenarnya kita perlu dengan segera mencari kaedah pembiayaan selain dari perbankan. Amalan mudarabah dan musyarakah juga perlu dilakukan dengan betul dan tepat dan bukan dalam bentuk pura-pura atau helah semata-mata.

Senarai Rajah dan Jadual
Kata Pengantar
Prakata

1. Pengenalan

2. Hutang, Industri Hutang dan Permulaan Perkembangannya

3. Perubahan Nilai dan Peradaban serta Perkembangan Industri Hutang di Eropah
Kesengsaraan Golongan Pekerja dalam Era Revolusi Perindustrian

4. Industri Hutang dan Krisis Ekonomi di Benua Eropah
Greek
Iceland
Sepanyol
Ireland
Trend Politik di Eropah
Krisis Ekonomi Baru Bakal Berlaku Lagi di Eropah?

5. Perkembangan dan Kesan Industri Hutang di Amerika Syarikat

6. Industri Hutang dan Penderitaan di Jepun
Sejarah Awal Industri Perbankan di Jepun
Sistem Perbankan Jepun Selepas Perang Dunia Kedua

7. Industri Hutang dan Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah
Situasi Terkini Turki

8. Sistem Kewangan Riba di Arab Saudi
Sejarah Sistem Kewangan Riba di Arab Saudi
Penemuan Hasil Minyak
Perubahan dalam Sistem Monetari

9. Pakistan: Mangsa Industri Hutang dan Pemimpin yang Korup
Korupsi di Pakistan
Masalah Hutang Pakistan
Pergantungan Pakistan terhadap Bantuan Amerika Syarikat
Situasi Terkini di Pakistan
Kesimpulannya

10. Industri Hutang di China dan Malapetaka yang Menanti

11. Industri Hutang dan Kesan Terhadap Sosioekonomi Masyarakat di Malaysia
Permulaan Industri Hutang di Tanah Melayu
Penglibatan Kaum Bukan Melayu dalam Industri Hutang Negara

12. Industri Hutang dan Krisis Ekonomi Asia Tenggara 1997
Bermula di Thailand
Malapetaka di Indonesia
Industri Hutang dan Krisis Ekonomi di Korea Selatan
Malaysia

13. Industri Hutang dan Kesengsaraan Berpanjangan Afrika
Hutang Luar Negara-negara Afrika

14. Industri Hutang dan Ketidakstabilan Ekonomi serta Politik di Argentina
Permulaan Kejatuhan Ekonomi Argentina
Rumusan dan Pengajaran

15. Industri Hutang dan Persaingan Sengit Melampau dalam Dunia Perniagaan
Persaingan Sengit yang Melampau
Persaingan Sengit Menyumbang kepada Pencemaran
Persaingan Sengit dan Punca Salah Faham

16. Adakah Perbankan Islam Jalan Penyelesaian?
Bai’ Al-‘Inah
Tawarruq
Musharakah Mutanaqisah
Sukuk

17. Jalan ke Hadapan

Bibliografi
Indeks

Weight0.435 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Shelvy T. (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.