Out of stock

Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur: Kemelayuan Malaysia-Indonesia

Disunting oleh RAHIM AMAN

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2012)
261 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur: Kemelayuan Malaysia-Indonesia adalah sebuah buku yang diterbitkan daripada beberapa artikel terpilih yang menggambarkan hubungan bersama antara Malaysia dan Indonesia. Hakikat yang perlu kita akui bersama adalah berkait dengan hubungan kedua-dua bangsa ini sama sekali tidak dapat dipisahkan dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian dengan variasi tema yang tersendiri. Bahagian I bertemakan Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur: Kemelayuan Malaysia-Indonesia, Bahagian II bertemakan Kebersamaan Bahasa, Media dan Pendidikan, dan Bahagian III bertemakan Alam Sekitar dan E-Komuniti. Setiap bab yang mengikuti tema tersebut adalah saling berkait agar mudah difahami oleh para pembaca. Buku ini adalah manifestasi estetika kehidupan manusia dalam hidup bermasyarakat berkaitan dengan kecerdikan lambang kepintaran, keberagaman etnik, dan budaya yang menjadi asas lahirnya nuansa pasca moden dalam rumpunnya.

Prakata
Pendahuluan

Bahagian I – Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur Kemelayuan Malaysia-Indonesia

1. Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur dalam Kepengarangan Arena Wati: Tafsiran Fenomenologi
Kamaruddin M. Said

2. Yang Tercatat dan Yang Tersirat: Keindahan dalam Syair Perang Mengkasar
Zubir Idris

3. Keterlibatan Bugis dalam Kerajaan Melayu di Borneo
Hanapi Dollah

4. Nusantara dan Alam Melayu: Di Manakah Sempadannya?
Mohamed Anwar Omar Din

Bahagian II – Kebersamaan Bahasa, Media dan Pendidikan

5. Anjakan Kebahasaan: Hambatan Orang Malaysia Memahami Kompas
Ajid Che Kob

6. Perbandingan Fonologi Bahasa Melayu dan Bahasa Bugis
Zaharani Ahmad

7. Dinamika Penelitian Bahasa Austronesia: Ikata Rumpun Melayu
Rahim Aman

8. Pengiklanan dan Identiti Nasional di Malaysia: Antara Global, Lokal dan Asing
Mohd Helmi Abd. Rahim

9. Berat Mata Memandang, Berat Lagi Ibu Mengandungkan Anak Tanpa Nikah
Yahaya Mahamood, Nor Firdous Mohamed, Normah Che Din dan Shazli Ezzat Ghazali

Bahagian III – E-Komuniti dan Alam Sekitar

10. Dari Jurang Digital ke Lembah Bestari: Kelahiran e-Komuniti di Malaysia
Mohammad Zaki Ibrahim

11. Menangani Fenomena Pulau Haba Bandar (PHB) sebagai Isu Alam Sekitar
Saharuddin Ahmad dan Noorazuan Md. Hashim

12. Migrasi Keluar dari Wilayah Metropolitan: Bukti di Pinggiran Wilayah Metropolitan Lembah Klang
Katiman Rostam

13. Konflik Pembangunan dan Kesejahteraan Alam Sekitar Cadangan Pembinaan Insinerator
Zaini Sakawi

Rujukan
Indeks

Weight0.390 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 12 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.