Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik

Tulisan bersama PATRICIA MATUSKY dan TAN SOOI BENG

Penerbit UM (Cetakan Kedua, 2017)
509 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM82.00

In stock

Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik merupakan pengumpulan esei sejarah, apresiasi dan analisis tentang muzik rakyat, klasik dan sinkretik di Malaysia. Buku ini ditulis khusus untuk pakar muzik termasuklah guru-guru muzik sekolah rendah dan menengah, para pensyarah, pelajar-pelajar muzik di Institut Perguruan dan universiti, para etnomuzikologis, antropologis kebudayaan serta masyarakat umum yang berminat dan mempunyai latar belakang dalam bidang muzik. Skop pelbagai jenis muzik Malaysia dikaji dengan meluas dan genre-genre utama yang menggambarkan estetik unggul sesebuah masyarakat pelbagai budaya diberikan penekanan.

Selain analisis yang mendalam dan perbincangan tentang genre-genre muzik tertentu, definisi pelbagai jenis muzik dan sejarah perkembangan muzik di Malaysia juga dibincangkan. Sejarah perkembangan muzik Malaysia termasuklah perkembangan muzik rakyat, klasik dan sinkretik, muzik popular serta muzik kontemporari di Malaysia. Analisis muzik diperjelas dengan contoh-contoh muzik yang ditranskripsikan, terutama daripada rakaman kerja lapangan. Klasifikasi dan ilustrasi alat-alat muzik juga dimasukkan.

Dalam Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik, istilah muzik yang penting dan perbendaharaan kata dalam pelbagai genre muzik dicatat pada bahagian tepi setiap halaman/muka surat bagi membantu para pelajar dan guru muzik. Gambar foto para pemuzik, alat-alat muzik dan latar persembahan turut dimasukkan dalam edisi ini supaya pembaca lebih memahami tentang pelbagai jenis teater, tarian dan persekitaran budaya dalam sesuatu persembahan muzik.

Selain itu, dua keping CD dengan kira-kira 50 contoh muzik yang dibincangkan dalam teks ini juga disertakan dalam edisi ini. Hampir kesemua rakaman yang terdapat dalam CD tersebut ialah hasil daripada rakaman kajian lapangan daripada tahun 1970-an sehingga 2000. Kebanyakan pemuzik dan pelakon yang terdapat dalam rakaman tersebut telah meninggal dunia. Beberapa ciptaan ‘klasik’ yang terdapat dalam CD tersebut dilengkapi dengan Panduan Mendengar (Listening Guide) untuk membantu para pelajar mendengar secara intelektual dan mengenal pasti ciri-ciri tertentu dalam muzik tersebut.

Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik juga boleh dilihat melalui jaringan web (www.muzikmalaysia.net) yang memberikan lebih banyak informasi tentang gambar foto sesuatu persembahan dan persekitaran budaya, contoh-contoh audio, rakaman pendek, ‘Panduan Mendengar’ dan perkembangan muzik terkini dari seluruh negara. Petikan daripada sebahagian genre muzik klasik dan rakyat yang dibincangkan dalam edisi ini kemudiannya akan dapat diperoleh melalui jaringan web EVIA Digital Archive, Universiti Indiana di USA (koleksi dokumen dalam proses dan kemungkinan dapat diperoleh pada tahun 2012).

Senarai Rajah dan Senarai Jadual
Senarai Gambar
Senarai Muzik
Senarai Trek
Prakata
Pengarang
Pendahuluan

1. Muzik Bentuk Seni Lakon Utama
Muzik Wayang Kulit
Wayang kulit Jawa
Wayang Gedek
Wayang kulit Melayu (Wayang Jawa)
Wayang kulit Kelantan (Wayang kulit Siam)
Makyung
Mekmulung
Randai
Bangsawan
Boria
Opera Cina dan Po-Te-Hi (Teater Patung Sarung Tangan)
Menora

2. Muzik Bentuk Tarian Utama
Gamelan Melayu (Joget Gamelan)
Gamelan Jawa
Tarinai (Terinai) (Kedah dan Perlis)
Tarinai (negeri-negeri di pantai timur)
Zapin
Muzik Tarian Ngajat dan Datun Julud
Muzik Ensembel Sape dan Jatung Utang
Muzik Tarian Ensembel Engkerumong
Sumazau / Magarang
Tarian Singa

3. Muzik Ensembel Genderang
Caklempong
Ensembel-Ensembel Engkerumong dan Kulintangan
Ensembel Gong Besar
Ensembel Gong Besar di Negeri Sarawak
Ensembel Gong Besar di Sabah
Kompang
Alat Muzik Buluh dan Kayu Yang Dipukul dan Dihentak
Alu (alok) dan Tangbut
Huduk Apa, Beh Alu (alok)
Kesut; Ding Galung, Goh
Togunggak & Togunggu / Peruncung / Lantai Lansaran
Antan dan Lesung, Tumbuk Kalang
Antan dan Lesung
Tumbuk Kalang
Rebana Ubi, Kertuk Kayu dan Kertuk Kelapa
Gendang Silat
Nobat
Gendang 24 Musim

4. Muzik Vokal dan Instrumental Solo
Muzik Vokal
Zikir
Bentuk yang berkaitan Zikir
Hadrah dan Rodat
Nasyid
Lagu Menyambut Tetamu, Pantun dan Wa
Lagu Menyambut Tetamu
Pantun
Wa
Kui dan Timang (Pengap)
Kui (Kue)
Timang (Pengap)
Muzik yang Berkaitan Seni Penceritaan
Alat Muzik Organ Mulut
Keluri / Keledi / Engkerurai
Sompoton
Alat Flut dan ‘Erofon yang Bebas’
Seruling / Suling / Nabat
Siloy / Begut
Selengut / Suling & Pensol / Turali
Alat Muzik Ziter yang Berbentuk Tiub
Kecapi / Krem / Pergam / Kereb
Satong
Tongkungon / Takobung & Tongkibong
Alat Muzik Lut
Sape
Sundatang dan Gagayan
Gambus dan Biola
Alat Muzik Harp Rahang

5. Muzik dan Ensembel Sosial dan Popular
Ronggeng
Dondang Sayang
Keroncong
Ghazal
Dikir Barat
Orkestra Cina Moden
Muzik Masyarakat Portugis Melaka
Muzik dan Orkestra Klasik India dan Muzik Klasik Ringan

6. Sejarah Muzik Malaysia, Muzik Seni Kontemporari dan Popular

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight1.12 kg
Dimensions25.5 × 17.5 × 2.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.