Pemerkasaan B40: Kesejahteraan Strategi dan Implikasi Sosioekonomi

CHAMHURI SIWAR adalah Profesor di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah pengurusan perniagaan, ekonomi alam sekitar, ekonomi pertanian dan pengurusan alam sekitar.

NORIZAN ABDUL RAZAK adalah Profesor di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang literasi digital dan e-leaming.

MOHD AZLAN SHAH ZAIDI adalah Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah Ekonomi Monetari, Ekonomi Monetari Antarabangsa dan Makroekonomi.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2019)
349 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM55.00

In stock

Pemerkasaan B40: Kesejahteraan Strategi dan Implikasi Sosioekonomi menghimpunkan hasil kajian penyelidikan pemerkasaan B40 secara 360° berkaitan pemerkasaan golongan B40 di Malaysia yang berfokuskan isu kesejahteraan ekonomi dan sosial serta strategi, program dan implikasi hasil kajian dihimpunkan di dalam sebuah buku.

Secara definisi, golongan B40 merujuk kepada golongan 40 peratus terbawah dalam agihan pendapatan, atau dianggap sebagai golongan berpendapatan rendah, berbanding golongan M40 (pertengahan 40 peratus) dan T20 (atas 20 peratus). Buku ini telah dibahagikan kepada dua bahagian utama yang bertemakan “Kesejahteraan Ekonomi dan Sosial” untuk Bahagian 1 dan Bahagian 2 membincangkan berkenaan Strategi, Program dan Implikasi kajian-kajian yang telah dijalankan.

Secara rumusan, Bahagian 1 mengenal pasti trend, ciri, isu dan cabaran berkenaan gaya hidup golongan B40 berdasarkan corak perbelanjaan, pendapatan dan lebihan pendapatan. Tahap pengetahuan dan tingkah laku kewangan, permasalahan pemasaran digital dan kekentalan golongan berpendapatan rendah juga dibincangkan. Isu pengangkutan awam, status ekonomi serta kesejahteraan di kalangan nelayan turut dikupas.

Manakala Bahagian 2 tertumpu kepada strategi dan program yang terpilih dalam memperkasa golongan B40. Ini termasuk program bantuan kerajaan, pemetaan kemiskinan, pemeriksaan kejiranan, keselamatan makanan dan pelancongan desa. Strategi aplikasi teknologi, program celik kewangan, pengayaan perniagaan perusahaan kecil, dan tanggungjawab sosial korporat juga diketengahkan. Bahagian ini juga membincangkan cabaran dan implikasi berdasarkan program dan isu berkaitan golongan B40.

Di Malaysia, pembasmian kemiskinan telah menjadi dasar, strategi dan program pembangunan utama sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (DPN, 1991-2000), Dasar Wawasan Negara (DWN, 2001-2010) dan Model Baru Ekonomi (MEB), menjangkau jangkamasa 1971-2018, mencakupi RMKe-2 hingga RMKe-11. Dalam jangka masa tersebut, kadar kemiskinan keseluruhan bagi Malaysia telah berjaya dikurangkan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 0.4 peratus pada tahun 2016. Dengan kejayaan ini, tumpuan pembasmian kemiskinan negara telah diperluas untuk mencakupi golongan B40, iaitu golongan yang mempunyai kadar pendapatan isi rumah RM4360 sebulan dan ke bawah pada tahun 2016, berbanding pendapatan garis kemiskinan RM980 bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2016. Dianggarkan kira-kira 7 juta isi rumah tergolong ke dalam golongan B40.

Tuntasnya, Pemerkasaan B40: Kesejahteraan Strategi dan Implikasi Sosioekonomi adalah panduan yang amat berguna kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada ahli ekonomi, pensyarah, penyelidik dan pelajar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan status dan isu-isu penting berkaitan golongan B40 di Malaysia.

Weight0.515 kg
Dimensions22.6 × 15 × 1.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

1.0
Based on 1 review
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
100
100%
  1. Aswadi Jaafar (Verified Reader)

    Buku mcm rosak..helaian kertas sperti baru kering drp kena air dan dijemur panas. kertas buku berkerut.

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.