Out of stock

Pemikiran Keadilan Raja ‘Alī Ḥāji

AI WARDAH MARDIAH merupakan lulusan Sarjana dalam bidang pemikiran dan tamadun Islam di CASIS, Universiti Teknologi Malaysia.

Rihla Media (Cetakan Pertama, 2021)
167 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

Out of stock

Pemikiran Keadilan Raja ‘Alī Ḥāji memperkenalkan semula konsep keadilan dan pengamalannya di Alam Melayu, khususnya di kerajaan Riau-Lingga abad ke-19, dengan merujuk kepada tokoh yang tidak diragukan lagi kewibawaannya pada zamannya hingga kini, Raja ‘Alī Ḥāji (1809-1873M). Ketokohan Raja ‘Alī Ḥāji tidak dapat diragukan lagi pada zamannya sehingga kini. Beliau merupakan seorang sarjana dan ulama prolifik Melayu. Karya-karyanya meliputi bidang ilmu yang pelbagai, seperti: Silsilah Melayu dan Bugis, Tuhfat al-Nafis, Bustan al-Katibin, Kitab Pengetahuan Bahasa, Syair Abdul Muluk, Syair Siti Sianah, Syair Hukum Nikah, Syair Gemala Mustika Alam, Gurindam Dua Belas, Thammarat al-Muhimmah Difayat li al-‘Umara wa al-Kubara’ dan Muqaddimah fi Intizam al-Wazaif al-Malik. Ketiga karya terakhir inilah yang menjadi rujukan utama dalam penyelidikan dan penulisan karya ini.

Tiga karya terakhir inilah yang menjadi rujukan utama Ai Wardah dalam penyelidikan dan penulisan karya Pemikiran Keadilan Raja ‘Alī Ḥāji; bermula dengan mengumpulkan kata-kata kunci, definisi, perbandingan kandungan perbincangan, perumusan kriteria, hingga pengamalan konsep keadilan itu sendiri dalam peraturan dan kehidupan keseharian. Dengan begitu, konsep keadilan menurut Raja ‘Alī Ḥāji dapat difahami secara benar. Raja ‘Alī Ḥāji menekankan bahawa tujuan kepimpinan dalam Islam adalah menegakkan Syari’at Allah dan dasar perilaku pimpinannya dibina di atas prinsip amar maYuf nahi munkar sehingga menuntut keperibadian pemimpin yang berakhlak baik. Perkara inilah yang menjadi latar belakang beliau dalam menyusun karya berupa nasihat kepada raja dan merumuskan konsep keadilannya.

Karya ini menemukan daripada ketiga-tiga karya utama yang menjadi bahan kajian yakni Gurindam Dua Belas, Thamarat al-Muhimmah, dan Muqaddimah fi Intiẓām Waẓā’if al-Malik, bahawa konsep keadilan yang terkandung dalam ketiga-tiga karya ini meliputi definisi, landasan metafizik, ciri-ciri raja adil dan jenis-jenis keadilan. Gurindam Dua Belas pada dasarnya mengandungi landasan metafizik keadilan, Muqaddimah fi Intiẓām Waẓā’if al-Malik mengandungi ciri-ciri raja adil, manakala dalam Thamarat al-Muhimmah, didedahkan pula panduan, tatacara dan adab-adab pelaksanaan pentadbiran kerajaan secara terperinci, agar kekuasaan itu dapat dikelola secara amanah dan keadilan dapat ditegakkan. Manakala daripada Tuhfat al-Nafis, ditemukan beberapa kes yang merupakan bentuk pengamalan konsep keadilan sekali gus merupakan bukti-bukti sejarah.

Weight0.362 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1.2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.