Pemikiran Politik Islam: Perbandingan antara Pemikiran Dr. Burhanuddin al-Helmi dengan Muhammad Natsir

MOHAMAD MUZAMMIL MOHAMAD NOOR adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
384 halaman termasuk Bibliografi dan Index

RM40.00

In stock

Pemikiran Politik Islam: Perbandingan antara Pemikiran Dr. Burhanuddin al-Helmi dengan Muhammad Natsir membawa pembaca menelusuri perjuangan dan peranan dua sosok pemikir besar dan tokoh politik berhaluan kiri di Malaysia dan Indonesia. Masih ramai rakyat Malaysia dan Indonesia yang tidak mengetahui bahawa mereka merupakan tokoh pemikiran politik-agama yang progresif pada zaman kolonial sehinggalah negara masing-masing mencapai kemerdekaan. Kandungan dalam buku ini menerangkan tentang perbandingan antara pemikiran politik Islam mereka berdua. Secara umumnya mereka mempunyai persamaan, namun hakikatnya mereka mempunyai pemikiran dan perjuangan yang berbeza dalam mengharungi “layanan” pihak penjajah, iaitu British dan Belanda serta kerajaan pemerintah selepas merdeka iaitu Tunku Abdul Rahman dan Sukarno serta Suharto.

Buku ini ditulis kerana, Dr. Burhanuddin dan Muhammad Natsir mempunyai perjuangan dan peranan yang besar dalam pemikiran politik Islam semasa zaman pendudukan British di Tanah Melayu dan penguasaan Belanda yang menjajah Indonesia. Selain itu, penulisan ini dapat meninjau arus perdana perjuangan mereka dalam penulisan dan nasionalisme semasa zaman imperialisme dan kolonialisme. Turut disentuh adalah perjuangan menuntut kemerdekaan dan juga penglibatan mereka selepas tanah air masing-masing mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan 1945. Pada masa yang sama, saya turut meneliti sama ada pemikiran dan perjuangan politik Dr, Burhanuddin dan Muhammad Natsir merupakan faktor kemungkinan yang memberikan pengaruh kepada timbulnya semangat nasionalisme dan sejauh mana pengaruh pemikiran mereka tentang Islam dalam politik di Tanah Melayu dan Indonesia mampu merubah kehidupan masyarakat tempatan.

Perbandingan sumbangan pemikiran dan perjuangan politik agama antara mereka ditulis kerana mereka berada pada zaman yang sama iaitu semasa pendudukan British di Tanah Melayu dan penjajahan Belanda di Indonesia. Dalam penulisan perbandingan ini, perkara yang harus diberikan perhatian adalah yang berkaitan dengan latar belakang, riwayat hidup, penerimaan pendidikan, keadaan masyarakat tempatan, dasar penjajahan, suasana dunia luar dan dalam yang mempengaruhi pemikiran dan perjuangan mereka. Mereka merupakan tokoh pemikir Islam yang disegani di Nusantara dan pejuang kemerdekaan di tanah air masing-masing yang telah mencipta sejarah tersendiri. Mereka ini meluahkan perjuangan dan pemikiran dalam bentuk penulisan serta menceburi diri dalam pertubuhan sosial dan agama serta parti politik. Misalnya, perjuangan dan idea-idea pemikiran Dr. Burhanuddin dipinggirkan oleh kerajaan British dan kerajaan selepas merdeka hinggalah beliau menggunakan landasan “haluan kiri” atau menggunakan parti pembangkang dalam usaha untuk berbakti kepada masyarakat Islam. Kerjaya beliau dalam politik hanyalah sehingga setakat menjadi Ahli Parlimen sahaja apabila beliau ditahan dan dipenjarakan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A.).

Namun, berlainan pula dengan Muhammad Natsir yang telah diangkat oleh pemerintah Indonesia sebagai ahli politik yang berjaya di sana sehingga dilantik Perdana Menteri Republik Indonesia yang pertama selepas pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia pada tahun 1950, namun “dibuang” oleh Presiden Sukarno akibat pertentangan pemikiran dan komplot. Apa yang menarik yang cuba ditonjolkan tentang mereka berdua ini ialah setiap langkah yang dilakukan tidak dapat lari daripada asas perjuangan mereka yang menggunakan konsep-konsep atau yang berunsurkan Islam, terutama dalam penulisan, nasionalisme, pendidikan, politik dan pemerintahan. Begitu juga dalam perjuangan mereka, setiap kali ditahan dan diperengkokkan dalam penjara sudah menjadi satu perkara biasa yang perlu dikorbankan oleh diri sendiri dan keluarganya.

Kedua-dua tokoh ini adalah pemikir Islam yang agak dikenali dan sering mendapat perhatian masyarakat kedua-dua negara melalui tulisan-tulisan serta pidato-pidato yang berapi-api mereka di hadapan umum yang mengutuk dan mengkritik penjajah British dan Belanda, pengkhianat agama serta kerajaan memerintah yang cuba memisahkan agama Islam dalam pentadbiran. Idea-idea pemikiran inteligensia serumpun ini meliputi semangat nasionalisme, pemikiran politik, pemikiran agama, idea reformisme, pemikiran pendidikan, sosial dan ekonomi. Perjuangan mereka telah menyumbangkan buah fikiran dan memberi manfaat kepada bangsa, tanah air serta masyarakat antarabangsa. Setelah penulisan di antara mereka ini diteliti dan dihalusi, persamaan dan perbezaan antara dua tokoh serumpun ini dapat dilihat pada setiap idea pemikiran dan perjuangan mereka.

Senarai Singkatan
Kata Pengantar
Prakata
Penghargaan
Penghargaan Khas

1. PENDAHULUAN
Selayang Pandang
Latar Belakang
Kemunculan Pengaruh
Kerjaya Awal
Kesimpulan

2. KEGIATAN NASIONALISME DAN PEMIKIRAN POLITIK DR. BURHANUDDIN DAN NATSIR
Selayang Pandang
Penglibatan Awal dalam Politik
Antipenjajah British dan Belanda
Zaman Pendudukan Jepun di Malaysia dan Indonesia
Dr. Burhanuddin, Natsir, Islam dan Komunisme
Kesimpulan

3. PEMIKIRAN POLITIK ISLAM DR. BURHANUDDIN DAN NATSIR
Selayang Pandang
Pemikiran Dakwah, Tasawuf, Bangsa dan Kepimpinan
Pemikiran Pembaharuan Islam dan Fahaman kaum Muda
Pemikiran Politik-Agama
Kesimpulan

4. DR. BURHANUDDIN DAN NATSIR SEBAGAI TAHANAN POLITIK
Selayang Pandang
Tahanan Politik
Tahanan Politik Zaman British dan Kerajaan Tunku Abdul Rahman
Tahanan Politik Zaman Belanda dan Pemerintahan Sukarno
Kesimpulan

5. PENUTUP

Bibliografi
Indeks

Weight0.512 kg
Dimensions21.4 × 14 × 2.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.