Penggunaan Bahasa Melayu dalam Naskhah Melayu Patani

HAMDAN ABD. RAHMAN adalah pengkaji manuskrip Melayu dan Jawi.

DBP (Cetakan Pertama, 2018)
314 halaman termasuk Indeks

RM35.00

In stock

Penggunaan Bahasa Melayu dalam Naskhah Melayu Patani memfokuskan sejarah Patani, tokoh ulama Patani serta kajian tentang penggunaan bahasa Melayu dalam karya mereka. Terdapat lima buah naskhah yang diteliti, iaitu Tarikh Fathani, karya Syeikh Faqih Ali bin Muhammad, Ghāyatu ‘l-Marām fi Kayfiyyati Adā’i ‘l-Hajji wa ‘l-‘Islām, karya Syeikh Daud bin Abdullah, Al-Kawkab al-Durriyy fi al-Nūri al-Muhammadiyy, karya Syeikh Muhammad bin Ismail, Hadā’iqu ‘l-Ṣalawāti Fi’ ‘l-Khalawāti wa ‘l-Jalawāt, karya Haji Muhammad Husain bin Abdul Latif, dan Al-Fatāwā al-Faṭāniyyah (Jilid I), karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.

Patani pernah menjadi pusat perdagangan serta pusat penyebaran agama Islam yang melahirkan tokoh ulama terkemuka di alam Melayu. Walaupun mendapat pendidikan di Tanah Arab, mereka masih dapat menerbitkan karya yang baik dalam bahasa Melayu untuk menyebarkan dakwah di alam Melayu.

Antara mereka yang paling menonjol termasuk ulama Patani. Kita berani mengatakan demikian atas dua sebab; pertama, kerana ulama asal Patani merupakan satu kelompok besar dan bukan seorang dua; dan kedua, ulama asal Patani membentuk serangkai mata rantai yang merentas generasi yang hingga hari ini boleh dikatakan belum putus. Terjadinya demikian kerana langgaran angkatan Siam ke atas negara Patani, lalu mereka menyelamatkan diri dengan berhijrah ke pinggir kota suci Makkah, lantas membina perkampungan Patani di sana. Latar sejarah ini penulis catatkan dalam Bab 1.

Jika dihimpunkan kesemua karya yang pernah terhasil dan tersebar di alam Melayu dan diselidiki pengarangnya, didapati bilangan ulama yang menggunakan ungkapan aI-Fatoni sebagai tanda pengenalan tanah kelahirannya mengatasi yang lain-lain, yang menggunakan tanda pengenalan, misalnya aI-Asyi (asal Aceh), al-Falimbani (asal Palembang), al-Banteni (asal Banten Jawa Barat) atau aI-Banjari (asal Banjarmasin). Jika ditumpukan perhatian kepada karya ulama Patani pula, jelasnya mereka bukan daripada satu generasi, sebaliknya daripada beberapa generasi. Jika diselidiki lebih jauh, akan terserlahlah tentang besarnya peranan antara satu dengan yang lain rupanya ada hubungan perguruan, yakni yang satu berguru kepada yang lain. Inilah istimewanya ulama Patani berbanding dengan ulama wilayah lain di Nusantara.

Menerusi Penggunaan Bahasa Melayu dalam Naskhah Melayu Patani, kita dapat mengetahui karya para ulama Melayu boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pertama, terjemahan harfiah; kedua, saduran atau terjemahan yang telah diparafrasakan; dan ketiga, karya asli. Memandangkan isi karya berkenaan dengan hal ehwal agama, maka kesetiaan para penterjemah terhadap karya sumbernya amatlah tinggi bukan sahaja dalam aspek isi, bahkan dalam aspek gaya bahasa. Hal ini bermakna, terjemahan yang terhasil merupakan rangkaian kata-kata Melayu mengikut aturan sintaksis Arab dan mengikut gaya bahasa pengarang sumbernya.

Perkara ini tidak menyerlahkan gaya bahasa ulama Melayu yang menjadi penterjemahnya. Atas sebab ini, karya terjemahan harfiah tidak diambil sebagai bahan penelitian. Sebaliknya, yang menjadi bahan penelitian penulis hanyalah karya saduran dan karya asli kerana kedua-dua kategori ini dapat membayangkan gaya bahasa pengarangnya, termasuk unsur tatabahasa asing yang mempengaruhinya. Isi karya yang dipilih dan tertib wacananya, penulis muatkan dalam setiap bab.

Weight0.388 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.