Out of stock

Penyiasatan Falsafah

LUDWIG WITTGENSTEIN (1889–1951) adalah ahli falsafah kelahiran Austria-British yang meraih kedudukan agung dalam senarai failasuf abad ke-20, dengan kegiatan dan penulisan beliau dalam bidang logik, falsafah matematik, falsafah minda dan falsafah bahasa.

Terjemahan daripad karya asal Philosophical Investigations oleh SHAMSIAH MD. SAID

DBP (Cetakan Pertama, 1992)
216 halaman termasuk Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM75.00

Out of stock

ISBN: 9789836228246 Product ID: 1166 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Buku Penyiasatan Falsafah melibatkan banyak perkara seperti aspek-aspek konsep yang melibatkan makna, pemahaman, proposisi, logik,  asas matematik, keadaan kesedaran dan banyak perkara lain. Semua aspek begini ditulis semula dalam bentuk ulasan dan perenggan pendek yang kadangkala merangkumi rantaian yang agak panjang berhubung dengan perkara yang sama. Unsur utamanya ialah bahawa semua buah fikiran dan idea bernas yang hendak disampaikan itu diperturunkan (daripada satu perkara kepada perkara yang lain) mengikut urutan sejadi yang disatukan.

Usaha menghasilkan Penyiasatan Falsafah memaksa penulis menyelidik medan pemikiran yang luas dengan bidang penyiasatannya meliputi apa-apa sahaja di bawah bumbung pemikiran falsafah. Hasil yang disampaikan ini merupakan maklumat balas utama daripada penyampaian syarahan, perbincangan dan sebarang skrip bertaip yang diusahakan oleh penulis. Secara yang membina, penulis memperoleh banyak rangsangan daripada kritikan yang dilontarkan secara terbuka oleh orang ramai yang gemar berfikir, dan kebanyakan idea  sedemikian diolah semula bagi dihasilkan penulisan karya ini. Tujuan penulis semata-mata hendak merangsangkan daya berfikir para pembacanya, dan terserahlah kepada pembaca untuk berfikir bagi diperoleh rangsangan sedemikian.

Parakata

Bahagian I
Bahagian II

Indeks

Weight0.338 kg
Dimensions24.11 × 6.5 × 1.1 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Alfie Asyraf (Verified Reader)

    Buku yang sangat bermanfaat untuk ditelaah bagi yang berminat tentang falsafah.

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.