Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai

ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH adalah Profesor Madya di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

AHMAD FUAD MAT HASSAN adalah pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia.

Penerbit UPM (Ulang Cetak, 2016)
841 halaman termasuk Indeks

RM148.00

In stock

Product ID: 22634 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai menyingkap aspek makna dan nilai yang terkandung dalam peribahasa Melayu. Cakupan peribahasa meliputi simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan kata-kata hikmat. Daripada makna peribahasa, penulis mengkategorikan peribahasa ke dalam tiga tema utama iaitu, sosiobudaya, sosiockonomi dan sostopolitik. Ternyata peribahasa Melayu telah mengungkap semua aspek kehidupan secara global.

Secara tidak langsung membuktikan bahawa bangsa Melayu membina pengetahuan yang baru dengan cara memantul dan membayangkan tindakan fizikal dan mental mereka terhadap sesuatu perkara atau fenomena yang berlaku dalam alam dan manusianya, kemudian mengasimilasikan idea baru dengan idea yang sedia ada. Dengan yang demikian peribahasa dapat dilihat sebagai pengubahan idea, pembinaan dan penerimaan idea baru, dan penstrukturan semula idea yang sedia ada.

Hal ini membuktikan memang terdapat hubungan antara bahasa, budaya dan pemikiran manusia, (Hipotesis Sapir-Whorf, 1921). Dengan yang demikian, melalui buku ini pembaca, dapat menyingkap pemikiran Melayu yang tersimpul dalam peribahasa.

Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai menyajikan himpunan peribahasa Melayu yang diteliti oleh penulis daripada empat buah buku peribahasa Melayu, iaitu Kitab Kiliran Budi (terbitan Pustaka Antara) (1964), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) (2004), 1001 Peribahasa Melayu (terbitan System Publishing House Pte. Ltd. Singapore) (2000), dan Peribahasa SPM (terbitan Pearson Longman) (2008).

Hasil daripada penelitian, penulis menulis buku ini dengan tujuan untuk menghimpunkan semua peribahasa Melayu untuk dijadikan bahan rujukan pelajar, pengkaji dan sesiapa sahaja yang ingin memahami dan menguasai peribahasa Melayu dan maknanya selain untuk memahami aspek tema yang terkandung dalam peribahasa Melayu. Peribahasa telah dicipta oleh masyarakat Melayu yang bijak berfikir, mentaakul secara berfalsafah dengan memanupilasikan bahasa dalam membentuk sesuatu konsep menjadikan peribahasa itu puitis menggunakan unsur alam keliling, iaitu alam benda, flora dan fauna.

Pembaca juga secara tidak langsung dapat menghayati nilai bagi setiap peribahasa yang terkandung dalam buku ini. Setiap nilai ini diberikan berdasarkan makna peribahasa. Sebagai contoh peribahasa “Dalam rumah membuat rumah” yang bermaksud mencari keuntungan atas modal orang lain, penulis memberikan nilai secara lansung atau tersurat iaitu tiada kejujuran, tiada kesederhanaan dan tidak berbudi mulia dan berhemah tinggi.

Bagi peribahasa “Dapur tidak berasap” yang bermaksud tersangat miskin penulis telah memberikan dua nilai untuk dihayati iaitu nilai positif yang menuntut kesabaran. Nilai tersirat yang menonjolkan sifat negatif ialah tiada keberanian untuk berusaha, tiada usaha untuk berdikari, tiada kerajinan untuk berkerja dan tiada semangat masyarakat dalam ahli komuniti sehingga menyebabkan individu atau seseorang itu tersangat miskin.

Weight1.683 kg
Dimensions21.5 × 21.5 × 3.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.