Out of stock

Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi

ABDUL RAHMAN AL-AHMADI adalah Mualim Tamu, Perpustakaan Negara Malaysia yang pertama dan pernah menjawat jawatan pensyarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Perpustakaan Negara Malaysia (Cetakan Ketiga, 2016)
194 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Out of stock

Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi memberi penumpuan terhadap kronologi teks manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia MSS 741, MSS 1415, MSS 1521, MSS 1849, MSS 2001 dan Tajul Muluk iaitu fasal-fasal yang berhubung dengan kedudukan tanah, hari dan bulan yang baik bagi mendirikan rumah, fasal-fasal yang berkaitan dengan adat, kepercayaan, antropologi dan agama. Dengan itu, huraian dalam buku ini tidak tertumpu kepada pemerian bentuk bangunan sebagaimana lazimnya daripada buku-buku rumah tradisi Melayu yang pernah diterbitkan di Malaysia.

Untuk menghurai secara kronologi aspek-aspek tersebut, penyusun Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi terpaksa mempergunakan contoh-contoh yang sedapat mungkin diambil dari pelbagai sumber baik yang diterbitkan di Malaysia mahupun di Thailand Selatan, Vietnam Selatan, Brunei dan Filipina Selatan, lebih-lebih lagi dari Indonesia yang banyak membicarakan rumah bukan sahaja dari segi binaan bangunan tetapi dari segi antropologi, adat, kepercayaan dan agama.

Di Malaysia pembicaraan rumah dari sudut antropologi tidak banyak kita dapati, barangkali juga kerana pengaruh agama dan perkembangan pembangunan semasa, hal ini kita dapati pada penulis Inggeris sebelum Perang Dunia Kedua yang membicarakan hanya dari sudut binaan dan bahan. Penyusun kemukakan urutan teks kerana amalan membina rumah tradisi Melayu masih banyak dilakukan di luar Malaysia. Oleh kerana kita berada dalam satu wilayah rumpun Melayu, maka teks manuskrip di atas sebagai sumber standard dapat menunjukkan kepada kenyataan bahawa praktik itu masih dilaksanakan di setengah kawasan alam Melayu.

Rumah berkolong dapat dihubungkan dengan iklim tropika, kelembaban tanah dan banjir serta faktor keselamatan. Orientasi rumah pula dapat dihubungkan dengan faktor alam, tiupan angin yang di zaman dahulu dikaitkan dengan kepercayaan. Rumah limas dapat dihubungkan dengan geografi, iklim panas tropika dan musim hujan dengan curahan air yang deras. Ruang dapat dihubungkan dengan sistem Ventilasi dan kesihatan. Tiang dapat dihubungkan dengan pembinaan di daerah batu-batan, tanah gambut, tanah berlombong, senget, miring, gempa dan sebagainya. Tanaman halaman dapat dihubungkan dengan keperluan kehidupan harian, awas dapur dan perubatan tradisi serta alam sekitar.

Banyak kita lihat rumah didirikan secara teratur serta berderet seperti di Malaysia, Indonesia, Toraja, Batak, Bali, Thailand Selatan, Campa dan Vietnam Selatan dengan persekitaran alam dan lingkungan yang menarik serta wajah depan rumah begitu indah terhias, kerana itu rumah dapat diibaratkan sebagai kalimat dalam seni sastera dengan rima dan irama, rumah itu puitis, bersajak sekali dengan alam sekeliling.

Waktu mendirikan rumah dipilih tanah yang sesuai diiringi doa selamat, kerana mereka menganggap ruang tanah itu tidak boleh sewenang-wenangnya diperlakukan. Di Melaka ada upacara meramu untuk menebang pokok bagi mendirikan rumah. Pokok boleh ditebang hanya waktu pagi atau petang, tidak boleh sekali-kali ditebang waktu tengahari. Di samping itu terdapat pula upacara pulih tanah, kerana tanah itu sudah disakitkan ia perlu dirawat kembali dengan menanam tahi besi, belerang bang parang buruk, perca kain kafan dan sarung tangan orang yang sudah mati. Di Bali ruang tanah itu bagaikan jasad hidup, ia tidak sekadar merobek-robek tanah dengan semena-mena dengan penebangan pokok-pokok. Orang Bali menganggap lingkungan kampung sebagai tubuh manusia dan pembuatan jalan dengan tujuan kemudahan awam akan merosakkan kehidupan. 1a seolah-olah membelah tubuh manusia dan mesti dipulihkan kembali dengan membangunkan keseimbangan antara rumah dengan lingkungan alam sekitar.

Di Sumba pokok-pokok untuk mendirikan rumah pantang ditebang waktu musim hujan dan waktu tertentu lain. Ia harus sesuai dengan ekosistem, begitu juga di Sabu, Nusa Tenggara Timur tanah yang telah digarap untuk pertanian dan perumahan tanah itu dilukakan, maka ia harus diberi sajian kepada bumi (tanah) agar ia sembuh kembali kepada asal.

Weight0.432 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.2 cm
Author(s)
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.