Out of stock

Potpuri: Budaya, Sastera dan Seni (Jilid III)

ANWAR RIDHWAN (b 1949 – ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia.

ITBM (Cetakan Pertama, 2016)
230 halaman

RM28.00

Out of stock

Potpuri: Budaya, Sastera dan Seni membawa pembaca memasuki medan pembicaraan budaya dan seni, serta cabang-cabangnya seperti bahasa, dunia perbukuan, kesusasteraan, tokoh, dan sebagainya menerusi tulisan Anwar Ridhwan. Penulis mengungkapkan beberapa retrospeksi serta pengamatan semasa, termasuk peranan teknologi maklumat dan komunikasi, agar bangsa kita melangkah maju ke hadapan dengan memiliki keampuhan jati diri. Dalam Jilid III, Anwar Ridhwan mengumpulkan tulisannya dalam tiga bahagian, iaitu Renungan Sastera, Seni Visual, dan Sudut Wajah & Jiwa.

Siri jilid Potpuri menghimpunkan lebih kurang 140 judul artikel atau makalah, yang sebahagiannya telah dicantumkan dengan artikel atau makalah yang mempunyai skop pembicaraan yang sama, membentuk kira-kira 130 judul dalam buku ini, yang dikelompokkan dalam delapan bahagian. Bagi menyesuaikan penerbitan semula tulisan-tulisan tersebut dalam buku ini, ada artikel atau makalah yang perlu dipinda atau diubah suai judul asalnya.

Penghargaan dan Catatan Penulis

BAHAGIAN 6: Renungan Sastera

Beberapa Isu Baharu dalam Sastera Melayu Moden
Hadiah Nobel: Suatu Renungan
IB, MCKK, dan Sastera
Itik Berenang dalam Air: Alam dan Kehidupan Kita
Karyawan Muda Luar Negara
Kendala Mengantarabangsakan Karya Islami
Kita Kekurangan Pengkritik dan Penterjemah Sastera
Korpus Kesusasteraan Melayu Moden: Beberapa Persoalan
Memasyarakatkan Persuratan Melayu
Mengapakah Acara Sastera Antarabangsa Kita Tidak Kekal?
Oakheart dan GKLN Merekayasa Legasi
Promosi Sastera
Sajak-sajak 3 Seniman
Sastera: Pesona Isi atau Pesona Teknologi
Sastera Kanak-kanak dan Remaja Kita
Sastera Spekulatif
Tentang Cinta Sekerdip Embun
Tulen Gading Kerana Retaknya
Wajah Sastera Cetak Abad ke-19
Watak Pembawa Contoh dan Unggul

BAHAGIAN 7: Seni Visual

Dari Animasi Kampung ke Animasi Antarabangsa
Elemen Visual dan Sebuah Masyarakat yang Bergolak
Hassan Majid dan Mazlan Noor
Pelukis Marakkan Dunia Puisi Tanah Air

BAHAGIAN 8: Sudut Wajah & Jiwa

Dua Sasterawan Negara Selangor
Lorong Kenangan Itu
Tentang Satu Tiga Sifar Lima

Weight0.36 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.