Sastera adalah Makanan Anjing: Sebuah Kompilasi Esei Faisal Tehrani

FAISAL TEHRANI atau nama penuhnya, Mohd Faizal Musa, telah menerima pelbagai anugerah dan hadiah sastera termasuklah Anugerah Seni Negara (2006).

Gerakbudaya (Cetakan Pertama, 2021)
313 halaman

RM38.00

In stock

Sastera adalah Makanan Anjing: Sebuah Kompilasi Esei Faisal Tehrani mengandungi sepilihan esei-esei dan polemik karya Faisal Tehrani. Antara tumpuannya termasuk agama, sastera, sejarah dan politik—empat bidang yang biasa menjadi ruang pemikiran konservatif dan reaksioner. Dalam buku ini, hal-hal semasa seperti ketuanan Melayu, pengharaman buku-buku, budaya keagamaan dan lain-lain dibincangkan dalam bentuk yang cukup berseni, berteraskan sumber sejarah dan analisis tajam.

Mungkin Sastera adalah Makanan Anjing tidak patut dibandingkan dengan novel-novel beliau yang lain. Namun begitu, buku ini amat bernilai kerana ia membongkar mitos-mitos dan mencabar salah tanggapan yang dipegang masyarakat Melayu atas nama adat dan agama. Kita pun selalu dengar pepatah, biar mati anak jangan mati adat. Sesungguhnya berpegang pada adat dan agama itu tidak salah, kecuali bila ia digunakan untuk menjustifikasi kezaliman dan kepincangan.

Penulis menyangkal sifat-sifat segolongan masyarakat Melayu seperti mendiskriminasi kumpulan lain, atau membuta tuli dalam mentaati pemimpin. Yang membezakan sang penulis dengan pengkritik lain adalah pemahaman beliau dalam ilmu-ilmu sastera dan agama yang tidak dianggap sebagai faham asing oleh masyarakat tempatan. Dalam erti kata lain, hujah penulis dirumus daripada pengupasan sumber-sumber persuratan alam Melayu seperti Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat. Karya ilmuwan dunia Islam juga banyak dirujuk beliau.

Ini berbeza dengan pengkritik sifat-sifat ‘feudal’ Melayu yang lazimnya meminjam teori-teori ciptaan Barat dan akhirnya gagal memberi pengaruh positif dan membina kepada masyarakat setempat. Sudah tiba masanya masyarakat Melayu keluar daripada perangkap pemikiran kolonial yang telah meracuni jiwa dan minda mereka selama berabad-abad. Cukuplah dibuai dengan naratif Melayu ini tidak kendiri, yang perlu dikongkong, yang senantiasa diulang-ulang sejak dari era penguasa berkulit putih sehinggalah ke pemimpin orang kita sendiri.

Weight0.348 kg
Dimensions19 × 13 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Manikam Kalbu

    Manikam Kalbu

    RM25.00
  • Bedar Sukma Bisu

    Bedar Sukma Bisu

    RM25.00
  • Wacana Sastera Islam di Malaysia dan Indonesia

    Wacana Sastera Islam di Malaysia dan Indonesia

    RM52.00
  • Bunga Rampai Alam Melayu (Siri 1)

    Bunga Rampai Alam Melayu (Siri 1)

    RM30.00