Sejarah Masyarakat India di Malaysia

AZHARUDIN MOHAMED DALI adalah pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Kedua, 2016)
276 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM53.00

In stock

Sejarah Masyarakat India di Malaysia membincangkan sejarah masyarakat India di Malaysia. Masyarakat India yang dikaji bukan sahaja orang Tamil tetapi juga merangkumi golongan lain seperti masyarakat Sikh, India Mualim, Peranakan India atau lebih dikenali sebagai Ceti dan masyarakat Chettiar. Malahan golongan Jawi Peranakan yang mempunyai sejarah ikatan dengan orang India, iaitu India Muslim turut disentuh dalam buku ini. Sejarah Masyarakat India di Malaysia dihasilkan melalui kajian berasaskan disiplin sejarah dengan menggunakan bahan-bahan yang dikumpul di Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Negara Malaysia serta bahan-bahan yang dikumpul dari British Library dan National Archive, Kew Garden di United Kingdom. Matlamat penulisan Sejarah Masyarakat India di Malaysia adalah untuk menonjolkan sejarah masyarakat India daripada pelbagai aspek sama ada secara langsung atau tidak langsung meliputi keperihalan ekonomi, sosial mahupun politik. Dalam masa yang sama, buku ini juga memperkayakan persejarahan negara.

Sejarah Masyarakat India di Malaysia memberi kefahaman realiti masyarakat India kini berdasarkan sejarah yang mereka lalui. Penulis berharap usaha ini akan memberikan faedah dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai masyarakat India di negara ini. Bab-bab dalam Sejarah Masyarakat India di Malaysia menonjolkan kewujudan masyarakat India di negara ini sejak sebelum kemerdekaan. Mereka menetap dan terbabit secara langsung dalam perkembangan sejarah negara. Sejarah Masyarakat India di Malaysia memberikan perhatian pada empat tema utama iaitu perkembangan masyarakat, aspek sosial, perkembangan politik, dan hal-hal berkaitan dengan etnik dan identiti. Tema inilah yang mengikat tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini. Walau bagaimanapun, tema-tema ini ada kalanya tidak berdiri sendiri, tetapi saling bertindan antara satu sama lain. Hal ini sangat ketara apabila membicarakan mengenai masyarakat Sikh. Meskipun aspek politik disentuh, namun dalam masa yang sama perkara-perkara mengenai perkembangan masyarakat, sosial dan persoalan etnik dan identiti turut dibincangkan. Malahan hal ini boleh juga dilihat dalam bab-bab yang lain. Penulis melihat hal ini sebagai suatu kekuatan kerana persoalan mengenai politik dalam kalangan masyarakat India bukan semata-mata politik, sebaliknya ia juga persoalan mengenai budaya dan sosial mahupun identiti yang kadangkala berbaur antara satu sama lain.

Sebahagian tajuk yang terdapat dalam Sejarah Masyarakat India di Malaysia bersifat mikro dan kadangkala terpencil sifatnya yakni melihat peristiwa-peristiwa tertentu yang membabitkan masyarakat India dalam kerangka waktu, peristiwa dan wilayah yang kecil. Perbincangan mengenai gerakan buruh di Klang atau sejarah masyarakat India di Sabah termasuk dalam kerangka ini. Meskipun bersifat mikro dan setempat, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan besar kepada sejarah masyarakat India secara keseluruhannya. Penulis menggunakan pendekatan yang luas, yakni pelbagai aspek mengenai masyarakat India diberikan perhatian dan tumpuan lebih kepada beberapa masyarakat yang ‘agak dipinggirkan’ sebelumnya dalam penulisan sejarah negara ini. Orang Sikh, India Muslim, Chettiar dan Ceti atau Peranakan India dan Jawi Peranakan termasuk dalam buku ini. Ini bermakna, selain merujuk pada orang Tamil yang terlibat secara langsung dalam sejarah orang India di negara ini, buku ini turut memberi perhatian pada masyarakat India dalam sifatnya yang lebih umum mahupun perkara-perkara yang mempunyai perkaitan dengan masyarakat India sebagaimana Peranakan India dan Jawi Peranakan.

Isi dan pandangan yang dilontarkan dalam Sejarah Masyarakat India di Malaysia merupakan pandangan penulis sendiri yang terhasil berdasarkan sumber-sumber yang dinyatakan. Buku ini bersifat ilmiah, ditulis berasaskan metodologi sejarah dan kajian yang dilakukan menggunakan sumber primer dan sekunder. Malah dalam keadaan-keadaan tertentu, sumber internet juga digunakan. Sejarah Masyarakat India di Malaysia juga ditulis seobjektif yang mungkin berdasarkan perspektif bukan India yang cuba meneliti sejarah masyarakat India di negara ini Kelemahan-kelemahan yang wujud merupakan kelemahan penulis sendiri.

Prakata

1. Pengenalan
Komposisi Orang India
Minoriti dalam Minoriti
Satu Historiografi
Masyarakat India dalam Sejarah Lokal
Permasalahan Panggilan: Keling, Benggali, Ceti dan Chettiar
Antara Sejarah, Perkembangan Semasa dan Masa Depan

2. Politik Orang India di Tanah Melayu Sebelum Merdeka
Pengaruh India Terhadap Sikap Politik Masyarakat India di Tanah Melayu
Pemisahan India dan Masyarakat India di Tanah Melayu

3. Masyarakat India dan Gerakan
Buruh di Klang
Klang
Masyarakat India di Klang
Buruh India dan Rusuhan 1941

4. Masyarakat India di Negeri-negeri Pantai Timur
Kehadiran Orang India ke Pahang dalam Zaman British
Orang India di Kelantan dan Terengganu

5. Masyarakat India di Sabah
Sejarah Sosial Masyarakat India di Sabah Sebelum Merdeka
Masyarakat India di Sabah Pasca-Kemerdekaan

6. Masyarakat Sikh
Kedatangan Masyarakat Sikh
Sosio-Keagamaan Masyarakat Sikh
Masyarakat Sikh dan Gerakan Politik
Orang Sikh dan Gerakan Ghadar
Dahagi Singapura dan Orang Sikh
Tentera Kebangsaan India dan Orang Sikh

7. Masyarakat Chettiar
Pertapakan Chettiar di Tanah Melayu
Aktiviti Chettiar di Tanah Melayu
Hubungan Chettiar dengan Orang Melayu

8. Masyarakat Ceti Melaka
Asal Kedatangan
Budaya Masyarakat Ceti

9. Masyarakat India Muslim
Sejarah India Muslim
Aktiviti Ekonomi Masyarakat India Muslim
Pegangan Politik
Masyarakat India Muslim dan Penyebaran Islam di Malaysia

10. Masyarakat Jawi Peranakan
Latar Belakang Jawi Peranakan
Hubungan Jawi Peranakan Melayu
Jawi Peranakan dalam Persuratkhabaran dan Penulisan
Budaya Masyarakat Jawi Peranakan

11. Permasalahan Sosial dalam Masyarakat India
Pengambilan Todi dan Samsu
Eksploitasi Kerajaan Kolonial Terhadap Industri Todi
Tindakan Kerajaan Kolonial Terhadap Todi
Gerakan Antitodi
Pasca Kemerdekaan

12. Tentera Kebangsaan India dan Tanah Melayu
Sekolah Latihan Perisikan INA
Operasi Perisikan

13. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.420 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Dunia Haiwan di Alam Melayu: Mitos, Mistik dan Sejarah
    Out of stock

    Dunia Haiwan di Alam Melayu: Mitos, Mistik dan Sejarah

    RM50.00
  • Sejarah Perisikan di Malaysia

    Sejarah Perisikan di Malaysia

    RM35.00
  • Sejarah Islam di India: Abad ke-8 hingga Abad ke-20
    Out of stock

    Sejarah Islam di India: Abad ke-8 hingga Abad ke-20

    RM25.00
  • Sejarah India Moden: Imperialisme Hingga Kemerdekaan
    Out of stock

    Sejarah India Moden: Imperialisme hingga Kemerdekaan

    RM88.00