Out of stock

Sejarah Melayu

Diusahakan oleh W. G. SHELLABEAR

DBP (Ulang Cetak, 2016)
335 halaman termasuk Glosari

RM35.00

Out of stock

Edisi Sejarah Melayu ini diusahakan oleh William Shellabear merupakan kemaskini kepada edisi awal yang dicetak di Singapura oleh Mission Press. Dalam edisi ini, penyusun telah membetulkan kesalahan-kesalahan kecil dari edisi Singapura itu, dan menambahkan dari naskhah-naskhah lain sejumlah fasal-fasal yang telah ketinggalan dalam edisi-edisi sebelumnya. Tetapi sifat istimewa dari karya ini yang akan diketemukan ialah tambahan sebesar 49 halaman tentang perkara yang sangat menarik hati, yang sebelum ini tidak pernah diterbitkan. Shellabear telah mempergunakan sebanyak-banyaknya semua edisi Sejarah Melayu yang pernah diterbitkan termasuk catatan-catatan di kaki halaman dari karya M. Dulaurier yang memberikan teks le ms. A. hampir dalam keseluruhannya.

Edisi Sejarah Melayu ini telah disediakan terutamanya untuk kegunaan pelajar-pelajar bahasa Melayu. Oleh kerana itu Shellabear berpendapat lebih baik tidak usah membebani karya ini dengan catatan-catatan yang kritis, yang akan sangat menambahkan harga buku. Tambahan pula, suatu perbandingan yang kritis lagi sempurna terhadap teks yang berbagai-bagai rupa itu akan memerlukan waktu yang di luar perimbangan daripada segala kebaikan yang akan diperoleh.

Ejaan yang digunakan berdasarkan terutamanya ejaan edisi Singapura, yang hampir serupa dengan ejaan yang sekarang ini digunakan di sekolah-sekolah Melayu pemerintah Negeri-Negeri Selat. Tetapi dalam beberapa halaman pertama yang diketemukan beberapa perkataan , yang dieja agak berlainan daripada kata-kata yang selebihnya dalam buku ini, kerana halaman-halaman itu telah ditetapkan bentuknya sebelum saya melihat bahawa ejaan edisi Singapura itu tidak sama seluruhnya.

Namun dari sudut itu, Shellabear telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan ejaan edisi ini sama seluruhnya, tetapi beliau sedar bahawa dalam percubaan ini beliau telah gagal di beberapa tempat, disebabkan oleh kesukaran-kesukaran yang besar tentang mengingat bagaimana perkataan itu dieja pada mulanya apabila kita mendekati selesainya usaha ini. Untuk perbezaan yang seperti mengadap untuk menghadap, seperti senantiasa untuk sentiasa naskhah-naskhah ini memperlihatkan bahawa tanggung jawabnya terletak pada pengarangnya dan bukan pada editornya.

Weight0.41 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.