Sejarah Sastera Tamil memuatkan sejarah kesusasteraan Tamil yang bermula sebelum abad ke-3 Sebelum Masihi yang dikenal sebagai zaman Caṅkam. Zaman ini merupakan zaman kegemilangan bahasa Tamil. Bahagian awal buku ini menjelaskan perihal Zaman Awal Caṅkam yang berlangsung selama 4440 tahun dan Zaman Pertengahan Caṅkam yang berlangsung selama 3700 tahun, manakala bab-bab bahagian akhir menceritakan perihal kesusasteraan Tamil secara umum, meliputi perkembangannya dan menyentuh genre, seperti puisi, prosa, drama, novel, dan cerpen yang dihasilkan oleh tokoh terkenal pada zaman masing-masing.
Pada tahun 1940-an, K.S. Pillai telah menulis dan menerbitkan sejarah sastera Tamil kepada dua bahagian. Seterusnya, Tanjai Seenivaasa Pillai telah menulis perihal sejarah sastera Tamil yang meliputi penyelidikan dan perdebatan. Selvanayakam yang berasal dari Sri Lanka telah menulis sejarah sastera yang bertemakan zaman pemerintahan. Somasundara Desigar dari Thiruvaaruur juga telah menyumbang dalam penulisan sejarah sastera Tamil. Manakala, M. Arunasalam, seorang ilmuwan, telah mengkategorikan sejarah sastera Tamil berdasarkan abad perkembangannya. Penulisannya bermula dari abad ke-9 hingga abad ke-15. Setiap abad telah diperincikan kepada 10 bahagian dan mempunyai 500 halaman. Begitu juga dengan M.S. Vimalaanantham yang telah menulis sejarah sastera Tamil kepada dua bahagian. Selain itu, ilmuwan seperti M.S. Puuranalinggampillai, S. Vaiyapuripillai, T.P. Meenatchisundram dan Jesudasan turut menyumbang dalam penyusunan dan penjelasan sastera Tamil dalam bahasa Inggeris.
Sejarah sastera Tamil yang menjadi kurikulum pendidikan di institusi pengajian seperti universiti mula diberi tumpuan dalam kurikulum sekolah. Profesor S. Ilavarasu telah menyediakan sejarah sastera Tamil selaras dengan kurikulum sekolah. Buku terjemahan ini yang bertajuk Sejarah Sastera Tamil merupakan hasil usaha beliau untuk memberikan penjelasan yang padat dan tepat mengenai sejarah sastera Tamil. Buku ini merupakan salah satu sumber yang menyediakan penjelasan yang ringkas dan mudah difahami. Ia menjadi pedoman kepada mereka yang
Ingin mengetahui dan memahami sejarah sastera Tamil. Buku ini memperincikan sejarah sastera Tamil seperti yang berikut: Zaman Cankam, Tolkappiyam (karya nahu), karya-karya sastera Tamil (ettu tokai, pattuppattu), keistimewaan sastera Cankam, paltipep kllkkanakku, sastera epik, sastera bakti, pengulas, sumbangan Buddhisme, Jainisme, Muslim dan Kristian dalam perkembangan bahasa Tamil, pengulas Tamil, sajak, muzik, drama, novel, cerpen dan catatan mengenai pemuisi.
Reviews
There are no reviews yet