Out of stock

Sistem Undang-Undang di Malaysia

Oleh: Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned

DBP (Cetakan Keempat Edisi Kedua 2013)
371 halaman

RM15.00

Out of stock

Product ID: 484 Subject: Sub-subjects: , ,

Karya undang-undang yang ditulis dalam bahasa Malaysia amat sedikit bilangannya terdapat di pasaran, oleh kerana itulah buku Sistem Undang-Undang di Malaysia ditulis khusus untuk menampung kekurangan tersebut. Kehidupan kita sehari-harian banyak dikuasai oleh undang-undang, maka itu kita perlu sedikit sebanyak mengetahui sejarah, amalan dan perkembangan undang-undang yang terdapat di negara ini.

Dewasa ini semakin ramai orang ingin mengetahui pelbagai aspek undang-undang agar lebih berpengetahuan dalam bidang perundangan. Ramai yang beranggapan bahawa bidang ini tidak hanya harus diserahkan kepada pihak berkuasa, para peguam, majistret dan mereka yang terlibat dalam profesion ini sahaja.

Undang-undang negara kita khususnya perlembagaan telah menempuh ujian masa selama hampir tiga dasawarsa. Banyak perubahan atau pindaan telah dilakukan kepada perlembagaan dan undang-undang, sesuai dengan perubahan ekonomi, sosial dan politik Tetapi yang lebih ketara perubahan sosial dan politiklah yang telah banyak mempengaruhi perlembagaan kita. Pada amnya perkara-perkara ini terangkum di dalam buku Sistem Undang-undang di Malaysia.

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: Perkembangan dan Sumber Undang-undang; Perlembagaan Persekutuan dan Negeri; dan Sistem Kehakiman dan Profesion Undang-undang. Dengan pembahagian yang khusus dan perbincangan yang terperinci, kami percaya buku ini akan dapat meluaskan pengetahuan anggota masyarakat umum yang selama ini menganggap undang-undang dan perlembagaan terserah kepada pihak berkuasa dan para pengamal undang-undang sahaja. Buku ini akan mendedahkan pelbagai aspek undang-undang untuk pengetahuan umum.

Weight0.48 kg
Dimensions14.0 × 2.0 × 21.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.