Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia dihasilkan dalam usaha untuk membincang dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam pelbagai aspek seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiobudaya dan sebagainya dari dahulu hingga ke hari ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan semula semangat keserumpunan yang pernah dibina suatu ketika dahulu. Naskhah yang mengandungi 20 bab ini menyentuh tentang beberapa aspek keserumpunan antara Malaysia-Indonesia. Buku ini disusun berdasarkan tematik-kronologi yang meliputi asal usul terbinanya hubungan awal antara kerajaan-kerajaan Melayu, aspek politik, ekonomi, agama dan sosial termasuk isu kontemporari yang boleh dijadikan panduan kepada para pembaca hari ini.
Hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan tradisi yang telah lama diasaskan atas nilai sepunya dari sudut rumpun bangsa atau leluhur yang sama. Malah, kedua-dua negara yang merupakan sumbu Dunia Melayu pada suatu ketika dahulu mempunyai persamaan dari sudut adat, agama, bahasa, cara hidup dan budaya yang pernah dikongsi bersama. Namun sejak akhir-akhir ini, hubungan antara Malaysia dan Indonesia sering kali mengalami pasang surut dalam menghadapi cabaran pelbagai peringkat. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya pemahaman dan pendedahan terhadap sejarah hubungan serumpun yang pernah dibina bersama.
Senarai Jadual, Peta dan Gambar
Prakata
Pendahuluan
1. Keserumpunan Malaysia dan Indonesia Menerusi Beberapa Sumber Terpilih
– Arba‘iyah Mohd Noor
2. Kedatangan dan Integrasi Orang Melayu di Sulawesi Selatan Berdasarkan Manuskrip Bugis-Makassar
– Muhlis Hadrawi
3. Johor-Riau: Kemaharajaan Melayu Serumpun, 1528-1824
– Mardiana Nordin
4. Hubungan Kekeluargaan antara Terengganu dengan Negeri-Negeri Kepulauan Melayu Pada Abad Ke-19
– Norazilawati Abd Wahab
5. Kedatangan Masyarakat Mandailing ke Tanah Melayu pada Abad ke-19
– Hafizah Arifah Mokhtarudin dan Ainil Amira Shahidin
6. Primordialisme Melayu dalam Pergerakan Nasional Malaysia dan Indonesia
– Bambang Sulistyo Edi Purwanto
7. Perbandingan Ideologi dan Struktur Organisasi antara Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
– Hasanudin Daud
8. Sokongan Terhadap Parti Berideologikan Islam di Malaysia dan Indonesia: Tinjauan di Kelantan dan Nanggroe Aceh Darussalam (NAD)
– Amer Saifude Ghazali, Zulkanain Abdul Rahman dan Rosmadi Fauzi
9. Perdagangan di antara Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, 1700-an-1800-an
– Salina Zainol
10. Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerinchi dan Rawa di Kuala Lumpur pada Abad ke-19
– Shapiza Binti Sharif
11. Kerangka Akidah Alam Melayu dan Peranannya ke Arah Kesederhanaan
– Mohd Farid Mohd Shahran dan Rizky Febrian
12. ‘Pakaian Cara Melayu’ di Alam Melayu melalui Visual Cetakan
– Azian Hj. Tahir
13. Penyelidikan Beri-Beri di Tanah Melayu dan Hindia Belanda, 1880-an Hingga 1914
– Noraini Mohamed Hassan
14. Novel Kawan Benar & Azab dan Sengsara dari Perspektif Silang Budaya
– Sara Beden
15. Citra Hubungan Malaysia Indonesia dalam Novel-Novel Sasterawan Negara Arena Wati
– Norhayati Ab. Rahman
16. Hubungan Malaysia dan Indonesia dari Segi Pendidikan Sejarah
– Sharipah Aini Jaafar
17. Pengaruh Indonesia Terhadap Masyarakat Melayu Sarawak
– Awang Kasmurie Awang Kitot
18. Resepsi Terhadap Muzik Pop Minang di Malaysia: Simbol Hubungan Kompleks Dua Bangsa & Budaya Serumpun
– Suryadi
19. Peranan Media dalam Mempererat Hubungan Bilateral Malaysia dan Indonesia
– Lili Yulyadi Arnakim
20. Rumpunisme dan Cabaran Globalisasi: Usaha Merajut Kembali Identiti Kolektif di antara Malaysia dan Indonesia
– Mohamad Latief
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet