Syair Sidang Fakir Shaykh Hamzah Fansuri

Penulisan bersama MOHD KAMAL MAHDI dan MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH

Penerbit UKM (Cetakan Ketiga, 2018)
173 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

Syair Sidang Fakir Shaykh Hamzah Fansuri memperlihatkan tentang mesej Hamzah Fansuri dalam manuskrip Syair Sidang Fakir mengenai kesepakatan ahlilLah semasa dalam perjalanan (tarekat) kepada Allah, iaitu mengenali Allah melalui ciptaan-Nya (manusia dan alam semesta), memahami kedudukan manusia dan Allah, mengimbangi syariat dengan hakikat semasa berada dalam perjalanan (tarekat), mengenal nafsu dan kawalannya, ikhlas, usaha dan pengorbanan menuju ke jalan-Nya. Kajian ini mengguna pakai mikrofilem no. 234, Perpustakaan Zaba Universiti Malaya. Pendekatan tahkik dan semiotik diguna dalam menganalisis teks tersebut. Penulisan ini menemukan bahawa terdapat pelbagai mesej semiotik, seperti ikon, indeks dan simbol dalam Syair Sidang Fakir.

Pemahaman ilmu ketuhanan yang digaris oleh Shaykh Hamzah Fansuri dalam teks manuskrip ini boleh dijadi bahan bacaan bagi para ahlillah hari ini yang ingin mendekat diri kepada Allah swt. Penelitian  telah menghasilkan buku yang memapar pemikiran ilmu ketuhanan Shaykh Hamzah Fansuri yang selama ini dianggap dan difatwa sesat oleh Shaykh Nuruddin al-Raniry dan sebilangan sarjana dewasa ini. Pemikiran rumus ilmu ketuhanan dalam teks Karya Syair Sidang Fakir membukti penolakan tanggapan negatif terhadap kemurnian ajaran tasawuf sunni yang dianutnya.

Menerusi Syair Sidang Fakir, Shaykh Hamzah Fansuri mengemukakan metode mendekatkan diri kepada Allah melalui ciptaan-Nya, iaitu manusia dan alam semesta, memahami kedudukan hamba dengan Tuhan , mengimbangi syariat dengan hakikat dalam pelajaran tarekat, mengenal nafsu dan kawalan terhadapnya, ikhlas, usaha dan pengorbanan menuju ke jalan Allah. Pandangan ini boleh menjadi panduan landasan kepada masyarakat Alam Melayu dalam penghayatan agama Allah.

Prakata

1. Pendahuluan
2. Latar Belakang Penulisan
3. Perumian dan Pentahkikan Teks
4. Kandungan Teks dan Mesej
5. Kefakiran Shaykh Hamzah Fansuri

Lampiran
Rujukan
Indeks

Weight0.275 kg
Dimensions22 × 15 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.