Out of stock

Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat

Diselenggara oleh MOHD. YUSOF HJ. OTHMAN

DBP (Cetakan Pertama, 2009)
727 halaman termasuk Indeks

RM70.00

Out of stock

Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat merupakan himpunan rencana yang telah dibincangkan dalam wacana. Tajuk-tajuk yang dibincangkan diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan seterusnya dijadikan medan perbincangan dan dialog intelek dalam kalangan mereka yang ingin turut serta. Bahan-bahan yang diutarakan di dalam buku ini diharapkan dapat mengayakan khazanah ilmu dan akan memberikan tatacara ke arah pemikiran sains.

Sains dan teknologi merupakan disiplin utama dalam pembangunan kini. Akan tetapi nampaknya tumpuan utama banyak diberikan kepada membina kapasiti insan untuk menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan baharu, bukannya memahami tentang falsafah, konsep, tasawur atau pandangan alamiah insan terhadap dunia sains itu sendiri. Isu-isu baharu seperti bahasa sebagai wahana untuk membangunkan ilmu sains dan teknologi, globalisasi, hegemoni Barat ke atas negara membangun, penjanaan ekonomi dalam dunia tanpa sempadan dan segala pembangunan yang lain seolah-olah menafikan peranan agama dan budaya dalam pembangunan sains dan teknologi itu sendiri. Malah nilai agama dan budaya terhakis dalam pembangunan sains dan teknologi kini.

Di Barat, kita sedang menyaksikan betapa kemajuan yang mereka kecapi dalam sains dan teknologi hari ini, menjadikan mereka umat yang paling rakus dalam mengeksploitasi alam ini sehingga alam sekitar dan isu pemanasan global menjadi isu utama kini. Kemajuan sains dan teknologi yang tinggi rupa-rupanya mengundang dunia untuk menjadi tempat yang tidak enak untuk dihuni dengan hujan lebat yang membanjiri sebahagian Bumi, salji cair telah menenggelamkan sebahagian daripada tempat-tempat rendah di dunia, angin dan ribut taufan sedang melanda dan memusnahkan sebahagian tempat yang dulunya enak dihuni, hujan dan kemarau terjadi pada luar musimnya dan pelbagai insiden lagi seperti gempa Bumi dan tsunami.

Dari segi sosialnya, manusia seolah-olah sudah hilang matlamat hidup, manusia sudah kehilangan erti kebahagiaan dalam hidup; konsep kebahagiaan berumah tangga sudah musnah, gereja tidak lagi berfungsi sebagai asas untuk membina keluarga, suami tidak tahu menghormati isteri dan sebaliknya, anak-anak tidak tahu lagi menghormati ibu bapanya dan pelbagai ragam sosial masyarakat yang sedang kita tonton.

Senarai Penyumbang
Prakata

BAHAGIAN 1
SEJARAH SAINS

1. Revolusi Sains dan Perubahan Pemikiran
2. Sejarah Perkembangan Teknologi Melayu: Satu Kajian Awal
3. Matematik dalam Tradisi Islam
4. Hubungan China dengan Tamadun Islam Sejarah Sains dan Teknologi
5. Angka Melayu Purba
6. Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar: Suatu Penelitian Sejarah dan Falsafah Sains
7. Masyarakat Madani Dilihat dari Sudut Sejarah Seni: Seni Hias Dalaman al-Quran
8. Pembudayaan Ilmu: Beberapa Contoh daripada Tabiin dan Taba Tabiin

BAHAGIAN 2
FALSAFAH SAINS

9. Sains, Falsafah dan Islam
10. Beberapa Kritikan terhadap Sains Barat Moden
11. Bucaillisme
12. Falsafah Sains al-Biruni
13. Kewujudan Sains Alternatif
14. Teori Segala-galanya
15. Psikologi atau Sains Kognitif
16. Pendekatan Permasalahan dalam Sains dan Teknologi
17. Sains Tulen: Suatu Pendekatan untuk Mengatasi Dualisme dalam Pendidikan Sains
18. Pensekularan Matematik
19. Isu dalam Pemikiran Sains
20. Al-Ghazali dan Teori Kuantum
21. Al-Quran dan Sunah dalam Falsafah Sains
22. Mengembalikan Sains Insani
23. Asas Pembangunan: Analisis Perbandingan antara Pemikiran Barat dengan Islam
24. Falsafah Teknologi: Isu-isu Asas
25. Seni Bina: Manifestasi Ketuhanan
26. Sains dan Teknologi dari Perspektif Islam

BAHAGIAN 3
DASAR DAN ETIKA SAINS

27. Penyelidikan Sains: Konsep, Metodologi dan Krisis Nilai
28. Rangka Kerja Penerapan Sains dalam Islam
29. Kaedah Penyelidikan Fizik dan Pengendaliannya
30. Sejarah dan Falsafah Sains: Kerelevanan dalam Pendidikan Sains dan Perspektif Kerja Abad ke-21
31. Dasar Sains dan Teknologi Negara: Persoalan dan Epistemologi
32. Satu Pandangan tentang Sains dan Teknologi di Malaysia
33. Etika Ahli Sains Menurut Pandangan Islam
34. Etika dalam Penyelidikan Sains
35. Kaedah Sains dan Pelaksanaan Penyelidikan: Suatu Penilaian Bersepadu
36. Kaedah Penyelidikan Sains

BAHAGIAN 4
SAINS DAN MASYARAKAT

37. Teknologi dan Pembangunan
38. Penghayatan Budaya Kependidikan yang Kondusif untuk Kemajuan Sains dan Teknologi
39. Pemasyarakatan Sains: Satu Proses Evolusi Spontan atau Perencanaan
40. Geologi dan Pembangunan Negara
41. Pembudayaan Matematik dalam Gugusan Kepulauan Melayu
42. Pengaruh Budaya Sains terhadap Sains Barat
43. Anjakan Paradigma dan Perubahan Imej Sains
44. Penerokaan al-Quran melalui Sains
45. Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik: Satu Pendekatan yang Praktikal
46. Pendidikan Sains dan Teknologi Strategi Membina Masyarakat Berbudaya Ilmu
47. Kepentingan dan Kedudukan Ilmu Sains Asas dalam Perkembangan Ilmu
48. Bahasa Melayu Wahana Pembangunan Negara: Perspektif Sains dan Teknologi

Indeks

Weight1.383 kg
Dimensions22.7 × 16 × 4.5 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Publisher

Language

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.