Warisan Seni Bina Islam Tradisional Malaysia memberi gambaran awal tentang seni bina tradisional Islam di Nusantara dengan berfokus di kawasan Semenanjung Malaysia. Tipologi-tipologi yang ditonjolkan termasuk tipologi masjid, istana, madrasah, rumah-rumah ulama, rumah-rumah orang kebiasaan, rumah-rumah bangsawan dan rumah ahli perniagaan atau saudagar. Kesemuanya boleh disifatkan sebagai seni bina Islam kerana seni bina ini lahir dalam suasana sosiopolitik Islam dan budaya Melayu yang menginterprestasikan agama ini.
Pada kebiasaannya, seni bina Islam dikaitkan dengan elemen kubah, menara, murkanas dan bermacam-macam lagi kepercayaan, budaya hidup, politik, ekonomi, iklim serta geografi sesebuah tempat. Maka itu, seni bina Islam yang biasa diuar-uarkan sebenarnya merupakan imej sesuatu pelosok bangsa atau dunia. Yang penting persamaan bagi kesemua bangsa di dunia yang menganut agama Islam ialah kepercayaan dan ritual agama. Contohnya, sebuah masjid harus berarah ke kiblat dan mempunyai tempat berwuduk. Sama ada masjid itu berkubah, berbumbung metu, berbumbung rata atau bercondong ialah suatu perkara yang berkait rapat dengan keupayaan teknologi semasa, iklim setempat dan kemahiran yang ada.
Reviews
There are no reviews yet