Out of stock

Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya

ZA‘BĀ (1895-1973) adalah penulis dan ahli fikiran serta ahli Bahasa Melayu yang paling terkenal pada hari ini di seluruh Malaya hingga ke Indonesia.

Akademi Jawi Malaysia (Edisi Kedua Perumian, 2019)
83 halaman tidak termasuk sisipan manuskrip Jawi

RM35.00

Out of stock

Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya merupakan kumpulan tulisan Za’ba dalam Majalah Qalam yang membicarakan tentang bahasa Melayu dan disiarkan sebanyak lapan siri secara berturut-turut, bermula dari bilangan 4 (April 1954) hingga bilangan 52 (November 1954). Kumpulan tulisan ini telah dirumikan, dikumpul dan diterbitkan oleh Klasika Media pada 2013 dengan judul Bahasa Melayu: Kelebihan dan Kekurangannya. Akademi Jawi Malaysia mengambil langkah dengan menambahbaik penerbitan pertama dengan memperkemas perumian bernotakaki, penanda bacaan yang lebih tepat dan penyenaraian glosari dan indeks bagi penta’rifan istilah-istilah kunci dan yang nadir.

Berbanding cetakan edisi pertama, edisi baharu ini dilengkapkan dengan naskhah asal Jawi danpada Majalah Qalam sebagai rujukan pembaca. Naskhah ini diterbitkan semula selaras dengan hasrat penerbit untuk memperkenalkan para ilmuwan bangsa yang terlibat dalam menjunjung amanah keilmuan dalam peradaban Melayu menerusi karya persuratan Jawi yang disediakan dalam gaya persembahan terbaik. Bahkan tidaklah aneh untuk kita mengakui bahawa setiap bahasa itu mempunyai kekurangan di setiap kelebihannya. Dipercayai sehingga kini, hanya Za’ba yang berani membicarakan kekurangan dalam bahasa Melayu yang dinyatakan tanpa mempunyai unsur merendah-rendahkan martabat bahasa Melayu, sebaliknya sebagai menunjukkan bahawa kekurangan itu dapat ditampung pula oleh kelebihan yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri.

Penulisan Za’ba tentang bahasa Melayu adalah penting kepada generasi sekarang dalam mengenal hakikat bahasa Melayu yang mempunyai talian kukuh dengan para ilmuwan Melayu-Islam dan tidaklah dapat dipisahkan pula dengan bahasa ‘Arab, al-Qur’an dan agama Islam yang menjadi asas kepada kaedah pengejaan, pembentukan ayat dan gaya bahasanya yang berwibawa.

Kata Pengantar Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan

1. Kedudukannya di Tenggara Asia
2. Bahasa Melayu Moden
3. Bahasa Melayu Jadi Bahasa Persuratan ‘Ām
4. Bahasa Indonesia
5. Qā‘idah Ejaan Wajib Disatukan
6. Persuratan Melayu
7. Wājibnya Memperkajikan Bahasa Melayu I
8. Wājibnya Memperkajikan Bahasa Melayu II

Indeks
لميران بهاس ملايو: کلبيهنڽ دان ککوراڠنڽ

Weight0.253 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 1 cm
Author(s)

Edition

Reprint

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

1954

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat

    Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat

    RM20.00
  • Ribut di Laut

    Ribut di Laut

    RM20.00
  • Asuhan Budi (Edisi Ketiga)

    Asuhan Budi Menerusi Islām: Edisi Ketiga

    RM65.00
  • Rahsia Ejaan Jawi (Edisi Ejaan Rumi)

    Rahsia Ejaan Jawi (Edisi Ejaan Rumi)

    RM60.00