Za'bā

Seorang daripada penulis dan ahli fikiran serta ahli Bahasa Melayu yang paling terkenal pada hari ini di seluruh Malaya hingga ke Indonesia. Nama penuhnya, Zayn al-‘Abidin bin Ahmad, yang diringkaskan menjadi Za’ba. Dengan nama ringkas inilah ia telah terkenal di mana-mana. Diperanakkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Luak Jempol dalam jajahan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada 16 September 1895 (bersamaan 26 Rabi’al-Awwal, tahun Hijrah 1313). Mendapat pelajaran permulaan di rumah sahaja di bawah didikan bapanya sendiri sehingga umurnya 12 tahun, iaitu terkhas tentang mengaji Qur’an dan asas-asas pelajaran Islam. Masuk Sekolah Melayu Batu Kikir (1907), dan kemudian berpindah ke Sekolah Melayu Linggi (1907-1909). Kemudian pada awal tahun 1910, ia masuk sekolah Inggeris di Seremban. Akhirnya tamat darjah Sembilan (Senior Cambridge) dalam tahun 1915.

Mengajar dan belajar di Sekolah Pengajian Bahasa-bahasa Timur dan Afrika dalam University of London (1947-1950). Di ’ana ia telah mempelajari bahasa Belanda dan mendalami Bahasa Arab kepada guru-guru dari Mesir dan ‘Iraq; dan juga belajar ‘ilmu logik (mantiq), ‘ilmu kejadian bahasa-bahasa (linguistics), ‘ilmu tarikh Islam, Eropah Moden, Selatan dan Tenggara Asia. Akhirnya ia masuk peperiksaan lalu mendapat diploma dan Degree M.A. Honours dari University of London ini. Beliau semenjak mudanya telah bekerja jadi guru di sekolah-sekolah Inggeris dan kolej-kolej Melayu, terutama mengajar bahasa Inggeris dan Melayu. Telah lulus peperiksaan latihan guru (normal class) di Taiping tahun 1920. Dalam Perang Dunia Kedua, ia telah dipindahkan bekerja di Singapura menjadi Pegawai Penerangan sehingga sampai Jepun masuk, Kemudian beliau bekerja kepada Jepun, menjadi Penyusun Berita-berita Radio untuk siaran radio Jepun di Syonan sehingga 1945.

Beliau telah melawat beberapa bahagian Pulau British, termasuk Ireland, Isle of Man, Scotland, Daerah Tasek, dan Wales. Beliau juga telah menjajah seluruh negeri-negeri Barat Eropah dari Sepanyol sampai ke Finland, Switzerland, Manila, Amerika, Honolulu, Jepun dan Hong Kong penghujung tahun 1953. Melawat Indonesia dalam tahun 1931, 1955 dan 1956. Masa balik ke Malaya pada akhir tahun 1950, ia bersama isterinya singgah di Mesir lalu ke Makkah dan Madinah menyempurnakan fardu haji. Masa ini Za’ba memegang jawatan Pensyarah Tua dan Kepala Bahagian Pengajian Melayu di Universiti Malaya semenjak tahun 1953.

Za’ba hanya aktif selama kira-kira enam tahun selepas mengakhiri perkhidmatannya di Universiti Malaya. Pada 1964 isteri beliau meninggal dunia. Kehilangan ini amat dirasai oleh Za’ba dan bermula pada 1965 kesihatannya menjadi semakin merosot. Beliau sering berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan doktor. Pada 23 Oktober 1973, Za’ba kembali ke rahmatullah dalam usia 78 tahun.