Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya

ZA’BĀ (b. 1895 – d. 1973) adalah cendekiawan Melayu ulung.

Akademi Jawi Malaysia (Edisi Kedua Perumian, 2019)
83 halaman tidak termasuk sisipan manuskrip Jawi

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!

Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya merupakan kumpulan tulisan Za’ba dalam Majalah Qalam yang membicarakan tentang bahasa Melayu dan disiarkan sebanyak lapan siri secara berturut-turut, bermula dari bilangan 4 (April 1954) hingga bilangan 52 (November 1954). Kumpulan tulisan ini telah dirumikan, dikumpul dan diterbitkan oleh Klasika Media pada 2013 dengan judul Bahasa Melayu: Kelebihan dan Kekurangannya. Akademi Jawi Malaysia mengambil langkah dengan menambahbaik penerbitan pertama dengan memperkemas perumian bernotakaki, penanda bacaan yang lebih tepat dan penyenaraian glosari dan indeks bagi penta’rifan istilah-istilah kunci dan yang nadir.

Berbanding cetakan edisi pertama, edisi baharu ini dilengkapkan dengan naskhah asal Jawi danpada Majalah Qalam sebagai rujukan pembaca. Naskhah ini diterbitkan semula selaras dengan hasrat penerbit untuk memperkenalkan para ilmuwan bangsa yang terlibat dalam menjunjung amanah keilmuan dalam peradaban Melayu menerusi karya persuratan Jawi yang disediakan dalam gaya persembahan terbaik. Bahkan tidaklah aneh untuk kita mengakui bahawa setiap bahasa itu mempunyai kekurangan di setiap kelebihannya. Dipercayai sehingga kini, hanya Za’ba yang berani membicarakan kekurangan dalam bahasa Melayu yang dinyatakan tanpa mempunyai unsur merendah-rendahkan martabat bahasa Melayu, sebaliknya sebagai menunjukkan bahawa kekurangan itu dapat ditampung pula oleh kelebihan yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri.

Penulisan Za’ba tentang bahasa Melayu adalah penting kepada generasi sekarang dalam mengenal hakikat bahasa Melayu yang mempunyai talian kukuh dengan para ilmuwan Melayu-Islam dan tidaklah dapat dipisahkan pula dengan bahasa ‘Arab, al-Qur’an dan agama Islam yang menjadi asas kepada kaedah pengejaan, pembentukan ayat dan gaya bahasanya yang berwibawa.

Dalam menyiapkan Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya, cabaran yang dihadapi penyunting membayangkan bahawa tulisan Za’ba ini bersifat merentas masa dan menggambarkan ketinggian ilmu bahasa yang dimilikinya. Nama-nama ulama’ Jawi, orientalis Barat dan ilmuwan tempatan yang mengkaji bahasa Melayu disenaraikan dan diperincikan peranan mereka satu persatu. Istimewa lagi, orientalis dan ilmuwan berkenaan hidup sezaman atau lebih awal dari hayat Za’ba. Namun bagi pengkaji masa kini, kebanyakan nama pengkaji ini kurang disebut dan kurang dikenali dalam lapangan bahasa. Atas hakikat ini, maklumat orientalis dan ilmuwan berkenaan dicari dan ditulis sedikit latar belakang mereka agar diketahui siapakah gerangan dan apakah keistimewaan mereka terhadap perkembangan bahasa Melayu sehingga dipetik namanya oleh Za’ba. Beberapa ilmuwan tidak ditemui latar belakang mereka melainkan disebut dalam karya pengkaji lain atau sekadar dinyatakan sebagai salah seorang penggiat bahasa.

Dalam hal ini, penyunting mencuba berbagai cara bagi mendapat maklumat, misalnya dengan membaca buku dan makalah dalam talian berbahasa Inggeris, malah perlu menyemak ensiklopedia berbahasa Belanda dengan menggunakan Google Translate bagi menterjemah catatan tentang ilmuwan berkenaan. Meskipun tugas ini agak melelahkan, namun melihat senarai ilmuwan bahasa seperti A. L. N. Kramer, van Ronkel, H. Q. Klinkert, Van Wijk, Tendeloo, Van der Tuuk, dan Spat terhadap bahasa Melayu menyedarkan kita akan usaha-usaha penting dalam membina sebuah bahasa yang melambangkan haqiqat bahasa dan tamadun Melayu.

Weight 0.253 kg
Dimensions 21.5 × 13.8 × 1 cm
Author(s)

,

Edition

Format

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.