Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906

Penulisan bersama ABD. LATIF dan NORDIN HUSSIN

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
425 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM55.00

In stock

Persoalan yang diungkapkan dalam Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 adalah bagaimana untuk meletakkan lima kerajaan Bugis di Konfederasi Ajatappareng dalam peta sejarah politik Sulawesi Selatan dari tahun 1812 sehingga tahun 1906, melalui kajian kepustakaan, manuskrip tempatan dan arkib. Kajian yang berdasarkan pada penggunaan sumber primer dan sekunder memfokuskan daerah-daerah yang pernah mendapat pengaruh daripada lima kerajaan di Ajatappareng sebagai lokasi kajian utama. Sumber primer seperti manuskrip tempatan yang disebut lontara’ dan dokumen kolonial dirujuk di pelbagai arkib dan institusi di Sulawesi Selatan dan di Jakarta. Kaedah penyelidikan menggunakan metode analisis kandungan, terutamanya terhadap manuskrip tempatan.

Penulisan Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 bertujuan menganalisis mengapa pada abad ke-16, kelima-lima kerajaan di Ajatappareng, iaitu Sidenreng, Sawitto, Suppa, Rappang dan Alitta menggabungkan diri dalam satu konfederasi yang disebut Limae Ajatappareng. Analisis terhadap sistem politik di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan Inggeris dan Belanda di Sulawesi Selatan penting bagi menjawab persoalan bagaimanakah wujud sistem politik tempatan di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan kuasa asing.

Penulisan Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 juga bertujuan memberikan maklumat baharu berkaitan dengan konflik di Konfederasi Ajatappareng semasa kuasa kolonial Inggeris dan Belanda menjajah sepanjang abad ke-19 sehingga penaklukan Belanda ke atas Sulawesi Selatan pada 1906. Kesimpulan hasil penelitian ini menunjukkan bahawa politik tempatan di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan kuasa asing bercirikan konflik antara kerajaan di dalam Konfederasi Ajatappareng sendiri dan di luar konfederasi. Konflik antara kerajaan berterusan semasa Inggeris memerintah, walaupun Inggeris cuba membina politik keseimbangan kekuasaan dengan cara bersekutu dengan Sidenreng dan Gowa, tetapi tetap berkonfiik dengan Bone yang terletak di pantai timur Sulawesi Selatan. Dasar politik keseimbangan kekuasaan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda sepanjang abad ke-19 dengan cara yang berbeza daripada yang dilakukan oleh Inggeris. Memasuki awal abad ke-20 Belanda tidak dapat meneruskan politik keseimbangan kekuasaan di Sulawesi Selatan.

Oleh itu, pada tahun 1905 dan 1906, Belanda menjalankan penaklukan bagi mengukuhkan sistem pemerintahan kolonial terhadap Sulawesi Selatan. Penulisan Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 juga mendapati bahawa sumber sejarah tempatan, iaitu lontara’ didapati berbeza daripada sumber Belanda dari segi merakamkan peristiwa sejarah yang berlaku pada masa tersebut. Penulisan Sejarah dan Politik Kerajaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan 1812-1906 juga mendapati bahawa terdapat unsur kedinamikan politik di Konfederasi Ajatappareng sebelum dan selepas kedatangan kuasa asing di Sulawesi Selatan. Buku ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada historiografi Bugis, khasnya dalam bidang sejarah sosiopolitik.

Prakata
Penghargaan

1. Latar Belakang Sejarah Kerajaan-kerajaan di Sulawesi Selatan
Pendahuluan
Latar Belakang Sejarah Konfederasi Ajatappareng
Tujahan dan Fokus Utama Penulisan
Permasalahan Sumber dan Bahan Penyelidikan
Kesimpulan

2. Sejarah Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan
Pendahuluan
Konfederasi Ajatappareng
Usul Kerajaan-kerajaan di Konfederasi Ajatappareng
Konsep Wanua dan Palili
Pola Penguasaan Tanah
Kesimpulan

3. Perkahwinan dan Dinamika Politik Kerajaan Konfederasi Ajatappareng 1400-1800
Pendahuluan
Konsep Perkahwinan dalam Kerajaan di Sulawesi Selatan
Pewarisan dan Kekuasaan di Sulawesj Selatan
Dinamika Politik di Sulawesi Selatan
Kesimpulan

4. Konfederasi Ajatappareng Semasa Pemerintahan Inggeris di Sulawesi Selatan 1812-1816
Pendahuluan
Konflik Dalaman Konfederasi Ajatapparengil Menjelang Kedatangan Inggeris
Peralihan Kuasa daripada Belanda kepada Inggeris di Sulawesi Selatan
Peristiwa Kalompoang
Konflik antara Kuasa Inggeris dengan Kerajaan Tempatan di Sulawesi Selatan: Oostder Provincie (Provinsi Timur)
Konflik dan Penentangan antara Kuasa Inggeris dengan Kerajaan Tempatan di Sulawesi Selatan: Noorder Provincie (Provinsi Utara)
Kesimpulan

5. Hubungan Ajatappareng dengan Kuasa Belanda di Sulawesi Selatan
Pendahuluan
Penguasaan Semula Belanda ke atas Sulawesi Selatan
Konflik antara Belanda dengan Kerajaan Tempatan di Sulawesi Selatan
Konflik antara Belanda dengan Tanete
Konflik antara Belanda dengan Suppa
Konflik antara Belanda dengan Bone
Belanda Menguasai Semula Sulawesi Selatan
Konfederasi Ajatappareng Menjadi Sebuah Kerajaan Pinjaman
Kesimpulan

6. Penaklukan Belanda terhadap Kerajaan Tempatan di Sulawesi Selatan 1800-1900
Pendahuluan
Penaklukan Belanda terhadap Kerajaan Bone
Penaklukan Belanda terhadap Kerajaan Gowa
Penaklukan Belanda terhadap Kerajaan-kerajaan dalam Konfederasi Ajatappareng
Kesimpulan

7. Kesimpulan: Kedinamikan Sejarah dan Politik Sulawesi Selatan
Keunikan Hubungan Kekuasaan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Tempatan di Sulawesi Selatan
Perkahwinan dan Dinamika Politik Tempatan Sebelum Kedatangan Kuasa Eropah di Sulawesi Selatan
Dinamika Politik Konfederasi Ajatappareng Semasa Kuasa Inggeris di Sulawesi Selatan
Dinamika Politik di Sulawesi Selatan Semasa Kehadiran Kuasa Belanda
Dinamika Politik di Sulawesi Selatan Semasa Penaklukan Belanda 1905-1906

Lampiran-lampiran
Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.560 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2.2 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.