Out of stock

KERAJAAN: Budaya Politik Melayu di Ambang Pemerintahan Kolonial

Karya Asal: Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule – Anthony Milner

SIRD (Edisi Kedua 2016)
274 Mukasurat

RM48.00

Out of stock

Sebuah kajian perintis dan provokatif tentang pemikiran politik Melayu di ambang pemerintahan kolonial – berdasarkan sumber-sumber Melayu dan Eropah, dan mengetengahkan isu-isu yang terus menjadi kritikal di Malaysia pada hari ini.

Dengan memberi tumpuan kepada semenanjung Tanah Melayu dan Sumatra Utara, Kerajaan adalah buku yang bersifat inovatif pada pendekatannya – sebuah penyiasatan yang penuh dengan metodologi yang dibangunkan dalam bidang antropologi dan kritikan sastera.

Buku ini menegaskan bahawa apa-apa analisis pemikiran sosial bukan-Barat adalah penting untuk mencapai sebuah sejarah yang benar-benar global, menyentuh kepelbagaian perspektif dan pengalaman manusia.

Pada tahun 2003 Persatuan Pengajian Asia Amerika Syarikat mengangkat Kerajaan sebagai salah satu daripada 25 ‘karya-karya penting dalam kajian sejarah’ dan ‘paling kerap dirujuk dalam kesusasteraan’ bidang sejarah Asia Tenggara.

“… sebuah karya klasik dalam kajian Malaysia oleh sebab penghuraian teori dan empirikal tentang keadaan dan kandungan kerajaan Melayu tradisional … Bagi sesiapa yang ingin mula memahami politik Melayu kontemporari, terutamanya peranan raja-raja Melayu dan akar sosio-sejarah mereka, buku Kerajaan karya Milner ini adalah sesuatu yang wajib dibaca.” – Shamsul A.B.

“Penerbitan semula buku Kerajaan… akan memberi dorongan kepada pengembangan radikal dalam kajian sejarah idea di Asia Tenggara.” – Syed Muhd Khairudin Aljunied

“Milner membuktikan bahawa adalah tidak mustahil untuk mempelajari sejarah melalui bahasa dan sastera tanpa mengasingkan pemikiran dan tindakan.” – Tony Day

Weight0.483 kg
Dimensions15 × 1.8 × 22.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.