Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais atau lebih mesra dengan panggilan Isham Rais, merupakan seorang aktivis politik dan sosial yang aktif berkarya menerusi filem, teater dan penulisan buku. Beliau juga pernah beberapa kali meringkuk dalam penjara semenjak zaman mahasiswa di Universiti Malaya tahun-tahun 1970-an sehinggalah ke era Reformasi 1998. Sewaktu menjadi pelarian politik, beliau telah mendapat suaka politik dari kerajaan Belgium. Dalam tempoh tersebut, beliau telah melanjutkan pengajian di Université catholique de Louvain dalam jurusan Bahasa Perancis dan University of Westminster dalam jurusan seni fotografi, video dan filem.

Sepanjangan penglibatan beliau dalam aktivisme politik, sosial dan budaya, beliau telah menghasilkan sebuah filem Dari Jemapoh ke Manchestee (1998) dan tujuh buah buku: Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya (2002); Keganasan, Penipuan & Internet (2008); Tapai: Travel and Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian (2010); Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: Surat dari Teoh Beng Hock (2011); Tipu Pilihan Raya, Turun Jalan Raya (2013); Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional (2019); dan Merakam Sejarah: Turun Jalan Raya Menang Pilihan Raya (2021).

Isham Rais memperkenalkan konsep non-governmental individual (NGI). Beliau tidak menyertai mana-mana pertubuhan organisasi atau parti politik. Sosok bebas yang berteater, berwayang, berdemo dan berbuku untuk menegak kebenaran. Meredah semua lorong, memasuki semua kota—melintas semua hutan, padang pasir dan gunung untuk mencari kebenaran. Makan semua yang boleh dimakan; minum semua yang boleh diminum untuk merayakan kehidupan. Keturunan suku Biduanda dari Negeri Sembilan ini kini memecah ruyung untuk memulakan tugas baru untuk meluaskan pencerahan tentang alam sekitar.

  • Malapetaka Iklim: Memahami Fenomena Pemanasan Dunia

    Malapetaka Iklim: Memahami Fenomena Pemanasan Dunia

    RM40.00
  • Merakam Sejarah: Turun Jalan Raya Menang Pilihan Raya

    Merakam Sejarah: Turun Jalan Raya Menang Pilihan Raya

    RM38.00
  • Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional
    Out of stock

    Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional

    RM25.00