Abū Bakr aṣ-Ṣiddīq: Liku-liku Hayat dan Pemerintahan Khalifah Pertama

MOHAMMED HUSSEIN HEIKAL (1888–1956) adalah seorang penulis, jurnalis dan juga sang politikus kelahiran Mesir.

Terjemahan daripada judul Aṣ-Ṣiddīq Abū Bakr oleh FARHAN AFFANDI dan AKMAL KHUZAIRY ABD. RAHMAN

IBDE (Cetakan pertama, 2022)
xxxvii + 418 halaman termasuk Rujukan

RM80.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789672672333 Product ID: 47950 Subjects: , Sub-subjects: , ,
GTIN: 9789672672333
Brand: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)

Abū Bakr aṣ-Ṣiddīq: Liku-liku Hayat dan Pemerintahan Khalifah Pertama merupakan kupasan istimewa tentang peribadi Saidina Abū Bakr nukilan Muhammad Hussein Haikal. Buku ini menggabungkan pandangan penulis sebagai seorang sasterawan, wartawan, peguam, menteri serta ahli politik. Gabungan ini memberikan sudut pandang unik yang mungkin tidak dapat dilihat jika kita sekadar mengikuti perkembangan peristiwa yang berlaku tanpa cuba memahami sebab musabab tindakan dan betapa beratnya keputusan yang perlu dituntaskan oleh seorang pemimpin. Sudut pandang yang diketengahkan oleh penulis mengandungi sentuhan kejiwaan. Buku ini memberi gambaran betapa beratnya Abū Bakr menerima pelantikan beliau sebagai Khalifah, memerangi kaum murtad, mempertahankan keputusannya tatkala mendapat kritikan daripada para sahabat yang rapat, berada di belakang Khalid al-Walid, mengisytiharkan perang terhadap dua kuasa besar ketika itu serentak dan membenarkan al-Quran dikumpul. Perasaan dan dilema Abū Bakr ketika membuat keputusan tentang perkara-perkara berkenaan dirungkaikan dengan menyeluruh.

Penulis menyatakan bahawa dalam segala keputusan yang diambil oleh Abi Bakr, tidak ada yang dapat menyamai jasa beliau membuat keputusan mengumpulkan al-Quran sebagai sebuah mashaf. Usaha ini dibuat dengan begitu teliti untuk memastikan segala yang dihafal dalam dada para huffaz dapat dikumpulkan dengan benar. Inilah jasa sebenar beliau menurut penulis. Dengan keputusan ini, lahirlah mashaf al-Quran yang kita kenal pada hari ini. Demikianlah para pembaca dapat mengikuti satu demi satu peristiwa yang mungkin pernah dibaca dan didengari sebelum ini namun penerangan dan olahan Muhammad Hussein Haikal menjadikan riwayat hidup Abū Bakr ini sangat istimewa.

Mukadimah

1. Saidina Abū Bakr pada Zaman Nabi saw
2. Baiah Abū Bakr
3. Arab Sewaktu Kewafatan Nabi saw
4. Perutusan Tentera Usāmah
5. Memerangi Golongan yang Enggan Membayar Zakat
6. Persediaan Peperangan Melawan Golongan Murtad
7. Tulaihah dan Pertempuran Al-Bazākhah
8. Sajāh dan Mālik bin Nuwairah
9. Perang Yamāmah
10. Saki-baki Peperangan Membasmi Golongan Murtad
11. Persediaan Pembukaan Negeri Baru dan Penubuhan Sebuah Empayar
12. Pembukaan Iraq
13. Di Antara Iraq dan Syam Pembukaan Syam
14. Mutsannā di Iraq
15. Pengumpulan al-Quran
16. Pemerintahan Abū Bakr
17. Sakit Abū Bakr dan Kematiannya
18. Penutup

Rujukan

Weight0.742 kg
Dimensions23.5 × 15.5 × 3.8 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2022

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In