Advencer Si Peniup Ney

FAISAL TEHRANI (b. 1974) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya.

JIWA (Edisi baru, 2025)
204 halaman

RM32.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9786297561479 Product ID: 48059 Subject: Sub-subjects: ,
GTIN: 9786297561479
Brand: JIWA

Advencer Si Peniup Ney karya Faisal Tehrani mengisahkan Sulaiman Hilmi, seorang pemuda belasan tahun menempuh dunia jin yang penuh tipu daya, hiburan melalaikan, dan ujian keimanan yang dahsyat, hanya bersenjatakan keyakinan, ilmu, dan seni muzik spiritual yang disebut “Souti Sarmad”. Subuh yang ganjil di Masjid Fatih menjadi saksi permintaan luar biasa sekumpulan tetamu misteri—40 pemuda berjubah putih, bermata jernih, dan datang dari negeri yang jauh serta ghaib. Mereka bukan manusia biasa, tetapi jin remaja yang sedang mencari seorang pemimpin untuk mengubah nasib kaum mereka yang hampir punah akibat hedonisme dan kehilangan iman. Dalam pengembaraan mistik yang mendebarkan ini, Sulaiman bukan sahaja memikul amanah besar daripada jin-jin remaja yang bergelut antara hak dan batil, tetapi turut menemukan dirinya sendiri, makna sebenar kehidupan, serta cinta yang kekal abadi terhadap Tuhan. Misi mereka adalah untuk meleburkan fahaman sesat dan menegakkan kebenaran. Namun ada satu syarat yang mencengkam—mereka dilarang menyentuh ideologi kepercayaan yang telah lama berakar kukuh di bumi itu. Berbekalkan ney dan “Souti Sarmad”, Sulaiman dan pasukannya berjuang menyalakan kembali cahaya keimanan di tengah kabut kelalaian dan arus kenikmatan yang menyesatkan. Mampukah mereka mengubah takdir sebuah bangsa, atau rebah dalam tipu daya dunia yang mempesona?

1. Permintaan Empat Puluh
2. Permintaan Sulaiman
3. Berkelah di atas Awan
4. Di Hadapan Jin Bertindik Satu
5. Idola Baru di Negeri Fantasia
6. Kelas Vocal dan Muzik Sulaiman
7. Perisik Jadi Pengikut
8. Di Konsert Fantasia
9. Persembahan Sulaiman dan Kawan-kawan
10. Ustaz Kamal Mengunjungi
11. Berahi Simone Sidharra
12. Sulaiman Terpenjara
13. Fantasia Dirempuh Pesawat Boeing
14. Meneruskan Perjalanan
15. Merawat Maharaja Tenggiri
16. Jin Laut Memeluk Islam
17. Sudah Pulang

Glosari

Weight0.15 kg
Dimensions20 × 13 × 1.5 cm
Author(s)

Edition

Reprint

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Syair Dukana Lubaba (Kulit Baru)

    Syair Dukana Lubaba

    RM35.00
  • Karbala

    Karbala

    RM45.00
  • Tunggu Teduh Dulu

    Tunggu Teduh Dulu

    RM40.00
  • Surat-surat Perempuan Johor

    Surat-surat Perempuan Johor

    RM40.00