Bintang Merah di Langit Malaya: Sebelum dan Selepas Pendudukan Jepun,1941-46

CHEAH BOON KHENG (1939-2015) adalah bekas Profesor sejarah dan sejarawan besar yang pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia dan beberapa universiti tempatan.

Terjemahan daripada judul asal Red Star Over Malaya oleh SYED OMAR HUSAIN

IBDE (Edisi kemaskini, 2025)
xxxii + 446 halaman

RM70.00

In stock

ISBN: 9789670037639 Product ID: 48593 Subject: Sub-subjects: , , , , ,
GTIN: 9789670037639
Brand: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)

Bintang Merah di Langit Malaya: Sebelum dan Selepas Pendudukan Jepun, 1941-46 memerikan keadaan perselisihan kaum yang berlaku antara orang Melayu dan Cina pada penghujung pendudukan Jepun dan juga pergolakan sosial serta keruntuhan undang-undang dan ketenteraman yang terjadi sewaktu tempoh singkat kelompongan kuasa selepas perang berakhir. Perselisihan antara kaum mencapai kemuncaknya semasa dan selepas tempoh peralihan selama dua minggu setelah Jepun menyerah kalah yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 3 September 1945. Ketika tentera Jepun berundur ke bandar-bandar besar, gerila Cina dalam gerakan penentangan yang diterajui komunis, iaitu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA), keluar dari hutan dan mengambil alih kira-kira 70 peratus pekan lebih kecil dan kampung di negara ini.

Pembalasan dendam yang menumpahkan darah yang dibuat oleh gerila terhadap golongan yang dituduh bersubahat dengan pihak Jepun, khususnya pegawai, anggota polis dan ketua kampung berbangsa Melayu, telah mewujudkan “pemerintahan ganas.” Di beberapa tempat di negara ini orang Melayu bertindak balas dan ramai orang Cina mati dibunuh oleh pelbagai kumpulan orang Melayu dari golongan pentaksub agama yang bersumpah melancarkan jihad memerangi musuh mereka. Perselisihan antara kaum menandakan satu titik perubahan penting dalam sejarah pembinaan bangsa di Malaya. Pergaduhan berhenti buat seketika apabila angkatan tentera British mewujudkan semula undang-undang dan ketenteraman pada bulan September, tetapi kemudiannya bersambung semula dengan lebih dahsyat dan berterusan sehingga Mac 1946. Selepas itu ia berhenti secara mendadak apabila orang Melayu menumpukan perhatian mereka untuk menentang rancangan perlembagaan yang diusul oleh Kerajaan Britain bagi menubuhkan Malayan Union yang bertujuan menamatkan penguasaan politik orang Melayu dan memberikan hak kewarganegaraan sama rata buat julung kalinya kepada orang bukan Melayu yang layak di Malaya.

Pihak Jepun menjadi sekutu orang Melayu dan tanpa sengaja menyebabkan pendudukan mereka itu menyediakan peluang dan juga medan untuk berlakunya pertembungan antara kaum. Akibat kekalahan mereka, kuasa Jepun musnah dan perselisihan kaum bertukar menjadi persaingan yang pertama dalam erti kata sebenar untuk merebut Malaya selepas tamat perang. Gerakan komunis teragak-agak membuat percubaan yang bersungguh-sungguh untuk merebut kuasa dan lebih memberikan tumpuan kepada tindakan balas dendam, manakala gerakan kebangsaan radikal Melayu pula terjebak dalam kekeliruan dan pemimpin-pemimpin utama mereka akhirnya melarikan diri ke Indonesia. Buku ini menyajikan pengulangan ceritera keganasan dan tindakan hebat yang terjadi pada satu detik sejarah tertentu ketika manusia ditekan oleh pelbagai peristiwa dan kejadian, sementara tamatnya perang menyaksikan berbagai-bagai daya sosial yang tidak terkawal telah dilepaskan. Ia sebuah dunia yang sudah jadi tunggang-terbalik dan mendatangkan bermacam-macam perubahan besar. Banyak sekali keganasan politik, pengkhianatan, persengketaan kaum dan pertumpahan darah yang berlaku, dan semua itu ditampilkan dari sudut pandang para pelaku utamanya.

Pengenalan

BAHAGIAN I: MASYARAKAT MAJMUK MALAYA, 1941
1. Masyarakat Majmuk di Malaya pada tahun 1941
2. Kesan Sosial Pendudukan Jepun di Malaya, 1942–5
3. PKM dan Gerakan Menentang Jepun
4. Gerakan Kemerdekaan Orang Melayu

BAHAGIAN II: PERSAINGAN MEREBUT MALAYA PASCAPERANG, 1945–6
5. Masa Peralihan selepas Jepun Menyerah Kalah: Keruntuhan Undang-undang dan Ketenteraman
6. Pengambilalihan Kuasa oleh Gerila MPAJA
7. Tercetusnya Keganasan dan Bermulanya Zaman Pemerintahan Kejam
8. Perselisihan Orang Melayu/PKM/Orang Cina
9. Perselisihan Antara Komunis dan BMA
10. Perselisihan Antara Orang Melayu dan British
11. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.71 kg
Dimensions23 × 15 × 3.8 cm
Author(s)

,

Edition

Reprint

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Daftar Manuskrip Malayu-Jawi Ber‘anasir Sains dan Matematik: Pada Pertengahan Abad ke-15 Hingga Awal Abad ke-20 (Siri 1)

    Daftar Manuskrip Malayu-Jawi Ber‘anasir Sains dan Matematik: Pada Pertengahan Abad ke-15 Hingga Awal Abad ke-20 (Siri 1)

    RM45.00
  • Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945-60

    Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945-60

    RM80.00
  • An Uncommon Hero: M.K. Rajakumar in Politics and Medicine

    An Uncommon Hero: M.K. Rajakumar In Politics and Medicine

    RM70.00