Gagasan Kesyumulan Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam

HAILANI MUJI TAHIR adalah mantan Profesor dalam bidang Muamalat, Ekonomi dan Kewangan Islam di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2016)
365 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

In stock

ISBN: 9789674123369 Product ID: 47862 Subject: Sub-subjects: ,
GTIN: 9789674123369
Brand: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Gagasan Kesyumulan Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam menjadi asas memahami gagasan ilmu dan minda fiqh muamalat dalam menjana inovasi pelbagai produk dalam sistem kewangan Islam yang boleh merungkai segala persoalan dalam pembangunan sistem ekonomi dan kewangan. Dengan memahami gagasan dan kesyumulan forensik fiqh muamalat pastinya boleh membawa pendekatan yang harmoni kerana setiap individu dapat memahami perkara asas yang menjadi garis panduan mudah bagi mencari jalan penyelesaian. Asas kesempurnaan kaedahnya adalah berdasarkan hukum asal sesuatu perkara itu dibolehkan sehinggalah ada dalil yang menyatakan sebaliknya, dan setiap perkara itu mestilah dirujuk apakah ianya termasuk dalam dalil yang jelas (nass qat’iy) atau dalil ijtihadiy; apakah ianya termasuk dalam persoalan usul (asal) atau furu’ (cawangan); diiftifaq (disepakati) atau diikhtilaf (berbeza pendapat). Jika perkara itu dapat dikenal pasti, dibuktikan dengan jelas dan meyakinkan, maka hal tersebut akan dapat menyelesaikan pertikaian yang timbul.

Inilah uniknya gagasan ilmu dan minda kesyumulan forensik fiqh muamalat dalam sistem ekonomi dan kewangan Islam. Mereka yang berilmu dalam apa juga bidang—baik aqidah, aqliyah dan naqliyah termasuk syariah, muamalat, ekonomi dan kewangan Islam wajib berusaha merungkai persoalan yang timbul yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. Kesemuanya itu menjadi waqaf minda saham yang dijamin keuntungannya di akhirat. Penulisan dalam buku ini boleh dijadikan asas penerokaan gagasan minda, struktur ilmu dan panduan bagi memahami konsep dan falsafah ilmu yang memerlukan integrasi kefahaman dari semua segi dan diamalkan mengikut yang sewajarnya dilakukan.

Prakata
Pendahuluan

BAHAGIAN SATU – GAGASAN ILMU DAN MINDA FIQH MUAMALAT
1. Gagasan, Struktur Ilmu dan Panduan
2. Konsep dan Falsafah Ilmu
3. Integrasi Ilmu dan Amalan

BAHAGIAN DUA – KONSEP DAN PRINSIP MUAMALAT DALAM TRANSAKSI KEWANGAN
4. Kewajaran, Mudah dan Anjal
5. Disiplin Ilmu dan Penguasaan
6. Sumber Hukum dan Perundangan

BAHAGIAN TIGA – INSTRUMEN, MEKANISME DAN KESYUMULAN FORENSIK FIQH MUAMALAT
7. Asas Kefahaman Kesyumulan Forensik Figh
8. Instrumen dan Mekanisme Fiqh Muamalat
9. Asas Kesyumulan Forensik Fiqh Muamalat

BAHAGIAN EMPAT – DINAMIKA SYARIAT DAN MUAMALAT DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM
10. Dinamika Syariat dan Muamalat
11. Asas Kefahaman Dinamika Figh
12. Hukum, Akad dan Bidang Kegiatan
13. Inti Pati Prinsip Akad dan Batasan

BAHAGIAN LIMA – APLIKASI KESYUMULAN FORENSIK FIQH MUAMALAT DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM
14. Mujtahid dan Kepakaran Istinbat
15. Aplikasi Kesyumulan Forensik Fiqh Muamalat
16. Kedudukan Perundangan dan Penasihat Syariah
17. Isu Perundangan dan Kekangan
18. Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.539 kg
Dimensions22.9 × 15.3 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2016

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In