Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan

FIRDAUS ZAINAL adalah penulis dan pengkaji pemikiran Melayu.

Ilham Books (Cetakan pertama, 2023)
x + 279 halaman termasuk Bibliografi

RM48.00

In stock

ISBN: 9789670067063 Product ID: 40987 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,
GTIN: 9789670067063
Brand: Ilham Books

Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan menelusuri rentetan perjalanan panjang kaum Cina dalam menuntut kesaksamaan hak dengan kaum Melayu terutamanya dalam menempatkan posisi mereka dalam pentas politik Malaysia sekaligus membawa pembaca menyingkap sejarah politik tanah air melibatkan kepelbagaian kaum di Malaysia. Isothymia merupakan istilah yang diperkenalkan oleh saintis politik Amerika Syarikat bernama Francis Fukuyama. Umumnya, Isothymia merujuk kepada keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan yang sama seperti orang lain dan bertindak sebagai antitesis kepada Megalothymia. Pertembungan antara Megalothymia dan Isothymia membentuk dua manifestasi keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan.

Dalam konteks politik di Malaysia, Isothymia dikaitkan dengan politik Cina yang merujuk kepada perjuangan politik identiti kaum Cina dalam menuntut agar kesaksamaan hak dapat dicapai dengan orang Melayu. Sejarah membuktikan bahawa perjuangan kaum Cina di Malaysia sering berasa didiskriminasi dan berada dalam kelompok second class citizen dengan kaum Melayu sebagai The son of the soils. Orang Melayu memegang kuasa politik manakala orang Cina mendominasi kuasa ekonomi. Namun, kedua-dua kumpulan ini berhasrat ingin mendapatkan pengiktirafan dan dipandang lebih unggul. Polemik politik identiti yang berakar ini menimbulkan persoalan iaitu bagaimana untuk mencari titik persamaan dalam membentuk integrasi kaum sekaligus usaha pembentukan negara bangsa Malaysia dapat direalisasikan.

Kata Pengantar

1. Isothymia
2. Politik Identiti
3. Hubungan Orang Cina dan Orang Melayu
4. Signifikan Politik Kaum Cina
5. Warga Kelas Kedua
6. Kuasa Politik dan Kuasa Ekonomi
7. Isothymia Orang Cina dalam Dasar Desentralisasi 1920-an
8. Isothymia Cina Mewujudkan Negara Republik dalam Era Komunis
9. Isothymia Cina dalam Pemilikan Tanah
10. Tuntutan Kerakyatan Jus Soli
11. Dakwaan Kommunis dan Mendepani Megalothymia Politik Melayu
12. Pertembungan Isothymia Politik Cina dan Megalothymia Politik Melayu

Kesimpulan
Bibliografi

Weight0.332 kg
Dimensions20.4 × 13.4 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Idealis: Syed Hamid Albar

    Idealis: Syed Hamid Albar

    RM75.00
  • Tanpa Prejudis

    Tanpa Prejudis

    RM60.00
  • Hegemoni UMNO: Pembangunan dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun

    Hegemoni UMNO: Pembangunan dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun

    RM30.00
  • Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa

    Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa

    RM48.00