Kontroversi Ibn Taymiyyah mengisahkan kehidupan Ibn Taymiyyah sebagai seorang tokoh ilmuwan Islam yang amat dikenali dalam dunia Timur dan Barat. Dengan memanfaatkan sejumlah penulisan dan fatwa-fatwa beliau, penulis menyusun dan meneliti aspek keilmuan dalam sejarah kehidupan beliau dan konteks sejarahnya dengan tujuan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan gagasan beliau pada abad ke-13 dan ke-14. Penulis bermula dengan membincangkan tentang kehidupan Ibn Taymiyyah dengan mengumpulkan beberapa biografi utama yang menjelaskan latar belakang kehidupan dan ketokohannya. Penulis juga menghuraikan pandangan beberapa sarjana kontemporari tentang Ibn Taymiyyah, dengan mengumpulkan beberapa aspek utama sudut pandang mereka yang telah dicerakin secara mendalam. Seterusnya, penulis membincangkan pengaruh Ibn Taymiyyah di Alam Melayu yang memberikan fokus kepada perkembangan pemikiran beliau di rantau ini. Lanjutnya, penulis menghuraikan dengan panjang lebar tentang pandangan Ibn Taymiyyah berhubung aspek politik Islam, aspek tasawuf, akidah dan muamalat. Pemilihan empat aspek tersebut dibuat berdasarkan kecenderungan Ibn Taymiyyah dalam kegiatan penulisannya. Melalui penyelidikan yang dibuat oleh penulis, Ibn Taymiyyah lebih banyak menonjolkan pemikirannya dalam aspek politik, tasawuf, akidah dan muamalat.
Kontroversi Ibn Taymiyyah
MOHD FARID MOHD SHARIF ialah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
USM Popular (Cetakan pertama, 2024)
xvii + 146 halaman termasuk Rujukan
RM39.00
In stock
Pendahuluan
1. Biografi Ibn Taymiyyah
2. Ibn Taymiyyah Menurut Beberapa Sarjana Kontemporari
3. Pengaruh Ibn Taymiyyah di Alam Melayu
4. Pandangan tentang Politik
5. Pandangan tentang Tasawuf
6. Pandangan tentang Akidah
7. Pandangan tentang Muamalat
Rujukan
| Weight | 0.23 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.9 × 15.3 × 1.2 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2024 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In











Reviews
There are no reviews yet