Lāilahāillāallāh: Manual Amalan Sufi Tok Ku Paloh

Penulisan bersama NORHASHIMAH YAHYA, SYED HADZRULLATHFI SYED OMAR dan MOHD SHAHRIL OTHMAN

Penerbit UniSZA (Cetakan ketiga, 2025)
156 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM47.00

In stock

ISBN: 9789670899916 Product ID: 49282 Subject: Sub-subjects: , , , ,
GTIN: 9789670899916
Brand: Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin

Lāilahāillāallāh: Manual Amalan Sufi Tok Ku Paloh memaparkan perbincangan berkaitan konsep amalan tahlil yang merupakan salah satu amalan kesufian yang penting diketengahkan oleh tokoh sufi Nusantara kurun ke-19, iaitu Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad Zayn al-Aydarus atau lebih masyhur dengan panggilan Tok Ku Paloh, menerusi karya tunggal peninggalan beliau bertajuk Maʻārij al-Laḥfān Li al-Taraqqī Ilā Ḥaqāʼiq al-ʻIrfan. Kajian manuskrip jawi ulama Nusantara merupakan satu kajian yang penting dan masih lagi kurang diben tumpuan oleh para pengkaji terutamanya dalam aspek amalan kesufian tokoh sufi di Malaysia. Sedangkan, peninggalan hasil nukilan tokoh ulama sufi terdahulu mengandungi mutara ilmu dan pelbagai amalan baik untuk diamalkan oleh generasi masa kini.

Buku ini wajar dimiliki oleh semua pengamal dan pencinta kesufian kerana konsep amalan tahlil yang dikemukakan oleh Tok Ku Paloh dalam karya beliau merupakan suatu amalan yang mempunyai kaedah dan tatacara tersendiri, khusus diamalkan oleh para pengamal tarekat kesufian yang diistilahkan juga dalam kalangan mereka sebagai dhikr al-nafy wa al-ithbat. Buku ini juga wajar dibaca oleh semua lapisan masyarakat untuk mengenali siapakah tokoh ulama sufi Melayu pada suatu ketka dahulu yang berwibawa mendidik serta membimbing masyarakat Melayu bagi mengukuhkan nilai mentauhidkan Allah dalam kehidupan mereka menerusi penyebaran amalan tahlil yang diamalkan beliau. Akhirnya, amalan tahlil ala Tok Ku Paloh menjadi satu amalan yang masih utuh kekal dilaksanakan dalam masyarakat kontemporari Malaysia sebagai salah satu wasilah dalam mencapai makrifat Allah.

Pendahuluan

1. Konsep dan Amalan Tahlil dalam Islam
2. Amalan Tahlil pada Pandangan Ulama
3. Tokku Paloh dan Amalan Kesufian
4. Konsep dan Kaifiat Tahlil Menurut Tok Ku Paloh
5. Aplikasi Konsep Amalan Tahlil Tok Ku Paloh dalam Masyarakat Kontemporari
6. Konsep Tahlil dalam Karya al-Maārij al-Lahfān

Penutup
Rujukan
Glosari
Indeks

Weight0.246 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 0.8 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2018

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In