Legasi dan Sumbangan al-Qaradawi dalam Fiqh sangat sesuai untuk pembaca yang ingin mendalami pemikiran Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan mereka yang ingin mengetahui tentang aplikasi al-wasatiyyah dan al-taysir dalam fiqh. Yusuf al-Qaradawi telah meninggalkan legasi yang besar dalam dakwah dan sumbangannya kepada gerakan Islam tidak disangkal lagi. Keilmuan beliau yang meluas dalam pelbagai bidang menjadikan beliau sebagai seorang tokoh rujukan kontemporari yang cukup berpengaruh. Tanggal 26 September 2022 merupakan detik sedih apabila dia dijemput untuk bertemu dengan Allah dalam usia 96 tahun. Beliau pernah dipenjarakan, dibuang negeri dan dihukum gantung, tetapi beliau tetap teguh dengan pendiriannya dalam dakwah dan terus bersama dengan gerakan Islam. Beliau dikenali sebagai tokoh yang membawa idea atau konsep al-wasatiyyah dan al-taysir dalam fiqh.
Ia merupakan pendekatan keseimbangan dan kesederhanaan dalam segala sesuatu, jauh daripada berlebih-lebihan dan melampau dalam akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan perundangan. Hal ini bukan bermakna luwes dengan prinsip Islam, tetapi mengelak dari tafsiran yang keterlaluan sehingga menjadi literalis dan tidak pula mengabaikan prinsip Islam sehingga menjadi liberal. Maka, pendekatan Sheikh al-Marhum sangat relevan dengan keadaan semasa yang mengimbangi antara pendekatan melampau dan kecuaian. Beliau merupakan tokoh yang disambut baik oleh majoriti umat Islam. Biarpun ada suara yang memperkecilkan beliau dan tidak membenarkan pemikirannya berkembang, namun sumbangan dan jasa beliau terus mekar.
Prakata
1. Legasi dan Sumbangan Yusuf al-Qaradawi dalam Dakwah
– Muhamad Faisal Ashaari, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani & Khazri Osman
2. Ulasan Buku Thaqafah al-Da’iyah dari Perspektif Karya-karya Berkaitan Dakwah Yusuf al-Qaradawi
– Ismail Naim Abdullah, Abdul Ghafar Don, Zulkefli Aini, Razaleigh Muhamat @ Kawangit & Muhamad Faisal Ashaari
3. Aplikasi Fiqh Keutamaan dalam Dakwah Menurut Yusuf al-Qaradawi
– Ahmad Safwan Yunos & Muhammad Nasrul Azim Roslan
4. Mesej Dakwah dalam Puisi Yusuf al-Qaradawi
– Mohd Fuaad Abdullah Rahim & Khazri Osman
5. Pendekatan al-Taysir Menurut Yusuf al-Qaradawi dalam Penentuan Hukum Islam Semasa
– Muhamad Sayuti Mansor, Mohd Anuar Ramli, Annuar Ramadhon Kasa & Muhammad Taftazany Abd Rahman
6. Sumbangan Yusuf al-Qaradawi dalam Membangunkan Pendekatan Wasatiyyah untuk Penentuan Hukum Islam Semasa
– Muhammad Zaki Ramle, Mohd Anuar Ramli & Nor Fahimah Mohd Razif
7. Manhaj Wasatiyyah dalam Memahami Kaedah Pertembungan antara Nas dan Maslahat Menurut Yusuf al-Qaradawi
– Muhamad Zuhaili Saiman, Muhamad Faisal Ashaari & Mohamad Zulkifli Abdul Ghani
8. Legasi dan Sumbangan Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh Zakat Kontemporari
– Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Abdullah
9. Pandangan Yusuf al-Qaradawi terhadap Normalisasi Arab-Israel
– Ainul Asyraf Lokman & Mohd Roslan Mohd Nor
10. Pandangan Yusuf al-Qaradawi dalam Penggunaan Isu Kalimah Allah di Malaysia
– Farah Hanie Talip, Mohd Haidhar Kamarzaman & Mazlan Ibrahim
11. Penglibatan Wanita dalam Jihad Ketenteraan Menurut Perspektif Yusuf al-Qaradawi
– Burhanuddin Jalal, Amnah Saayah Ismail & Ezad Azraai Jamsari
Rujukan
Indeks
Reviews
There are no reviews yet