Merantau ke Deli merupakan sebuah novel oleh Hamka yang menceritakan tentang lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya. Novel ini mengisahkan tentang Leman dan isterinya Poniem dari awal mereka bercinta sehinggalah ke kehidupan selepas berkahwin. Kedua-dua mereka dari suku kaum yang berbeza yang mana LEman dari suku minang yang terkenal dengan Adat Perpatih dan Poniem pula dari suku kaum Jawa. Pada awalnya, Poniem menolak permintaan Leman untuk menjadi isterinya. Tetapi setelah dipujuk rayu dan Leman bersumpah akan setia menyebabkan Poniem menerima Leman sebagai suaminya. Pada ketika perempuan setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan. Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?
Merantau ke Deli
HAMKA (1908–1981), atau nama sebenarnya Abdul Malik Karim Amrullah, merupakan ulama tersohor Nusantara, filsuf dan penulis kelahiran Indonesia.
PTS (Cetakan ketiga, 2024)
232 halaman
RM22.00
In stock
1. Malam Gajian
2. Pertemuan
3. Kahwin
4. Hakikat Rumah Tangga
5. Keberuntungan
6. Pulang
7. Angin Berkisar
8. Surat dari Kampung
9. Perkahwinan
10. Dua Kapal, Satu Juragan
11. Pecah
12. Menuruti Adat Lembaga
13. Tegak Lagi
14. Memenuhi Cita-cita
15. Pertemuan dan Perpisahan
16. Penutup
Glosari
| Weight | 0.2 kg |
|---|---|
| Dimensions | 18.4 × 11.5 × 1.8 cm |
| Author(s) | |
| Edition | Reprint |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 1941 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In















Reviews
There are no reviews yet