Musuh Bisik: Meriam Berdarah di Kuala Kedah adalah sebuah kisah epik yang merentasi cinta dan pengorbanan, tatkala setiap perjuangan menuntut harga yang besar. Sebuah penghargaan kepada para pahlawan dan cinta sejati yang kekal hidup meski dibakar oleh api peperangan. Di tengah gegak gempita perang Kedah-Siam, ketika darah dan air mata bercampur di bumi Kuala Kedah, berdirilah wira-wira yang menentang penjajahan dengan semangat yang tidak gentar. Ketika angkatan Siam mara dengan kezaliman, Tunku Muhammad Saad dan Tunku Fatimah tidak sekadar bertarung di medan perang, tetapi juga berjuang mempertahankan maruah, cinta, dan tanah air mereka.
Dengan Teuku Zainal dari Aceh mengetuai pasukan bantuan dan Phya Sanukton, putera Ligor yang bercakap Melayu, memainkan peranan penting dalam strategi perang, pertarungan ini bukan hanya antara dua kuasa, tetapi juga pertarungan hati, kepercayaan, dan kesetiaan. Ditulis dengan penuh dramatik dan berlatarbelakangkan peristiwa sebenar antara tahun 1821 hingga 1842, novel ini membawa pembaca menyelami keperitan perang, perancangan licik musuh, serta keberanian pejuang Melayu yang tidak mahu tunduk. Dalam kabut perang, siapakah musuh yang berbisik?













Reviews
There are no reviews yet