Penaklukan Andalusia merupakan sebuah novel yang berlatarkan sebelum dan ketika penaklukan Sepanyol—atau al-Andalus bagi orang Arab—pada 710-711 Masihi (91-92 Hijrah). Novel ini menggambarkan iklim politik dan tatanan masyarakat Sepanyol pada waktu itu. Naratifnya serba pantas dan mempersembahkan banyak kejutan sehingga ke hujung cerita. Namun, apa yang menarik dengan pendekatan Zaidan adalah, beliau sentiasa memberikan ulasan dan merenung aturan sosial dan politik khususnya tingkah-laku, sentimen dan dorongan manusia apabila berhadapan pelbagai keadaan luaran. Ulasan beliau terhadap sifat sesebuah negara yang gagal dan mustahilnya untuk ahli politik dan negarawan yang jujur sekalipun melakukan pembaharuan dalaman yang kekal adalah sangat membuka fikiran, sama seperti penjelasannya tentang masalah kehilangan identiti apabila manusia melepaskan ciri-ciri etnik mereka—dalam kes ini, orang Visigoth yang meninggalkan Arianisme.
Zaidan juga menganalisis kekuatan sesebuah agama dan bahasa yang dikongsi bersama dalam menyatukan orang daripada pelbagai latar budaya. Tema ini selalu ditemui dalam karya-karyanya yang lain. Terakhir, Zaidan menceritakan peranan orang Yahudi dalam membantu tentera Arab. Orang Yahudi di bawah pemerintahan Islam dapat mengekalkan agama mereka dan terus maju dengan syarat mereka membayar cukai, sedangkan orang Yahudi di tanah Visigoth dipaksa memeluk agama Kristian. Orang yang enggan berbuat sedemikian akan dihalau atau dihukum mati. Impian dan harapan mereka itu dinikmati saat Arab berjaya menakluk sehinggalah kurun ke-13 dan ke-14. Zaman itu adalah zaman yang penuh dengan keterbukaan dan kemajuan yang dicapai oleh pelbagai kelompok masyarakat di Sepanyol sehinggalah Kristian kembali menakluk, Pasitan Sepanyol tercetus lalu orang Yahudi dan Islam diusir.













Reviews
There are no reviews yet