Politik Identiti dan Nilai dalam Pilihan Raya Kecil mempunyai keterangkuman keseluruhan wacana mengenai geografi kawasan kajian, persempadanan, sejarah politik, hari penamaan calon, calon yang bertanding, isu, jenis kempen, hari pengundian, faktor sokongan, pola pengundian dan impak pilihan raya kecil dalam 10 kempen PRK. Buku ini amat bertepatan dengan semua lapisan pembaca yang berkeinginan melihat perkembangan semasa sosioelektoral dan bentuk geopolitik Malaysia, khususnya berkaitan pengukuhan identiti dan nilai dalam politik pilihan raya. Buku ini sangat terkait dengan kekuatan intelektual penulis yang merupakan pakar dalam disiplin imu geografi pilihan raya serta berpengalaman luas dalam bukan sahaja menghurai tetapi juga mengupas dan mensintesiskan aspek ontologi, epistemologi, metodologi dan aksiologi tema dan persoalan yang dibincangkan. Tujahan iimu geografi politik dan geografi pilihan raya dalam buku ini sangat terfokus kepada aspek yang sangat dekat dengan perihalan kelangsungan masyarakat dan literasi politiknya. Justeru itu, tema-tema politik pilihan raya yang diwacanakan di dalam buku ini sangat signifikan bagi tujuan panduan dan garis tuju masa depan negara dalam mewujudkan masyarakat yang berliterasi tinggi dalam politik dan matang dalam pembuatan keputusan yang berkaitan politik pilihan raya di negara ini.
Politik Identiti dan Nilai dalam Pilihan Raya Kecil
JUNAIDI AWANG BESAR ialah pensyarah kanan Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2025)
298 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM55.00
Only 1 left in stock
Prakata
1. Sentimen Politik dan Pilihan Rasional dalam Pilihan Raya Kecil
2. Pengukuhan Status Quo PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu
3. Pengekalan Pengaruh Politik Nilai dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai, Johor
4. Jalinan Utuh UMNO dan PH dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Johor
5. Keutuhan Pengaruh BN/UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai, Pahang
6. Politik Pembangunan dan Pengalaman ke Arah Pengukuhan GPS dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Jepak, Sarawak
7. Pengukuhan Politik Identiti dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman, Terengganu
8. Politik Nilai dan Pengukuhan Kerjasama PH-BN dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu, Selangor
9. Kekentalan Politik Identiti dan Pengaruh Isu Semasa dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Pulau Pinang
10. Politik Pembangunan dan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Kelantan
11. Pengekalan Status Quo BN dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota, Johor
12. Masa Depan Politik Pilihan Raya Negara Menuju Pilihan Raya Umum ke-16
Rujukan
Indeks
| Weight | 0.444 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.8 × 15.3 × 1.5 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2025 |











Reviews
There are no reviews yet