Junaidi Awang Besar

Junaidi Awang Besar adalah Pensyarah Kanan di Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Geografi Politik dari Universiti Malaya. Penyelidikan terkini beliau adalah berkaitan geografi kemanusiaan, geografi politik, geopolitik, geografi pilihan raya; pemetaan pilihan raya; perumahan dan impak geopolitik serta dasar awam.