Out of stock

Politik Pemikiran dan Penulisan Burhanuddin al-Helmy dan Ahmad Boestamam

ZABIDIN HAJI ISMAIL adalah penulis dan pengkaji sastera & sejarah tempatan serta penggerak persuratan Melayu Perak di samping pengkaji masyarakat Melayu Rao.

Penerbit UPSI (Cetakan pertama, 2024)
xvi + 202 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Out of stock

ISBN: 9789672799443 Product ID: 48257 Subjects: , , Sub-subjects: , ,
GTIN: 9789672799443
Brand: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Politik Pemikiran dan Penulisan Burhanuddin al-Helmy dan Ahmad Boestamam membicarakan pemikiran politik yang menjadi tema penulisan tokoh nasionalis Melayu, Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Ahmad Boestamam dalam perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajahan. Fokus kepada korpus pemikiran politik nasionalisme, antikolonialisme dan negara-bangsa menjadi topik utama pembicaraan yang dihubungkaitkan dengan kerelevanan dasar politik kontemporari. Pemikiran politik adalah bahan intelektualisme individu atau harta intelek yang boleh disifatkan sebagai formula dalam mencorak serta mengaturkan kelangsungan nasib bangsanya. Perkara ini merupakan garis-pandu dalam membina negara-bangsa yang merdeka dan berdaulat. Idealisme politik kadangkala gagal dilaksanakan, malahan tidak mendapat sokongan menyeluruh sesebuah masyarakat. Namun ini tidak bermakna idealisme dianggap sampah. Idealisme ini harus dijadikan bahan rujukan utama apabila sesuatu penyelidikan mengenai minda dan politik bangsa Melayu hendak dijalankan.

Pemikiran politik penting sebagai penentu peraturan pemerintahan sesebuah negara. Ia menjadi lebih penting kepada ahli-ahli politik untuk mengetahui dan mendalami ilmu siasah sebelum melangkah menceburi arena politik kerana matlamat akhir berpolitik ialah mendapatkan kuasa. Politik ialah kuasa dan kuasa pula adalah pemerintahan negara. Pemikiran politik Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Ahmad Boestamam dapat dijadikan kayu ukur untuk melihat sejauh mana sumbangan intelektualisme tokoh-tokoh politik tanah air pra merdeka di samping dijadikan rakaman sejarah perkembangan pemikiran politik di negara ini khususnya ketika proses pembinaan negara-bangsa baru hendak bermula.

Prakata

1. Pengenalan
2. Biografi dan Perspektif Sarjana
3. Politik: Perjuangan dan Pemikiran
4. Karya dan Teks Politik
5. Pemikiran & Penulisan Politik: Persamaan dan Perbezaan
6. Dasar Politik Masa Kini: Suatu Idealisme Terdahulu?
7. Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight0.337 kg
Dimensions22.9 × 15.3 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2024

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In