Seratus Tahun Kesunyian karya Gabriel García Márquez meriwayatkan kisah langkau generasi keluarga Buendía, sebermula mereka membuka sebuah kota khayalan bernama Macondo. Jose Arcadio Buendía bersama isterinya Ursula yang bersepupu membuka Macondo, menanggung celaan sumpah bahawa keturunan mereka itu nanti akan ditimpa bala tiada kata yang dapat cerita. Umpamanya tumbuh ekor babi di punggung bayi. Macondo didatangi gipsi Melquiades bersama gerombolannya membawa masuk benda-benda ajaib seperti air batu, merkuri, kaca pembesar serta sebuah manuskrip dalam bahasa Sanskrit yang meramalkan kehancuran Macondo, yang tiada helah yang boleh dirintang untuk menyangkalnya. Melquiades kali pertama mati di pantai Singapura, dilempar mayatnya ke Lautan Jawa, muncul semula di Macondo yang sudah dihujani selama empat tahun, sebagai petanda bahawa jika sesebuah kampung itu untuk kekal sentosa, maka ia mesti memenuhi syarat mesti ada sekeping tanah perkuburan yang menjadi gerbang ke alam sebelah yang boleh berpatah balik ke dunia nyata dengan sekelip mata.
Keturunan Buendía sepanjang seratus tahun itu berupa watak-watak yang amat luar biasa. Jose Arcadio Buendía sendiri adalah pencari ilmu yang rakus, mahu tahu segala-galanya termasuk menggunakan daguerreotype untuk menangkap wajah Tuhan yang dia enggan percayai. Anaknya yang pertama lari ikut gerombolan gipsi, menjelajah ke seluruh dunia, makan mayat ketika terapung selepas kapal karam, pulang ke Macondo dengan badannya penuh tatu, berkahwin dengan adiknya sendiri, iaitu Rebeca. Anak yang kedua, Kolonel Aureliano Buendía bangun memberontak sebanyak tiga puluh dua kali dan kalah semuanya, empat belas kali terselamat daripada peluru musuh, mengayahi 17 anak yang semuanya bertanda salib di dahi mereka, sehingga senang menjadi sasaran pembunuh yang berazam menghapuskan zuriat Buendía di muka bumi. Keras hati, penyedih, penyendiri, pendendam, keturunan keluarga Buendía itu tersungkur satu per satu akibat saka nenek moyang yang terkeliru bahawa berahi itu cinta,












Reviews
There are no reviews yet