Out of stock

Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra

RAMLAH ADAM merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka (2006-2009). Kini beliau bertugas sebagai profesor di UniMAP.

DBP (Cetakan Kedua, 2009)
493 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM69.00

Out of stock

ISBN: 9789836273413 Product ID: 402 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra tulisan Ramlah Adam mengisahkan sosok penting dalam arena politik tanah air. Nama Tunku Abdul Rahman Putra bukanlah asing dalam sejarah politik Malaysia. Beliau ialah Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan juga membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Beliau digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Tunku telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan tanpa menumpahkan darah sebagaimana yang berlaku di negara-negara jiran. Kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini telah meyakinkan penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Sumbangan dan pengorbanan Tunku yang dicurahkan bagi kesejahteraan negara ini sewajarnya diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang.

Apakah sebabnya penulis mengkaji dan menulis Biografi Politik Tunku Abdul Rahman? Apakah yang penulis ingin tonjolkan? Apakah yang penulis ingin kemukakan kepada pembaca? Apakah yang akan membezakan penulisan ini dengan penulisan yang lain tentang Tunku Abdul Rahman? Di manakah ruang untuk penulis menambah kehebatan Tunku Abdul Rahman? Atau di manakah penulis dapat menganalisis fakta-fakta tentang Tunku yang akan menjadikan penulisan ini bermanfaat dan bermakna kepada ketokohan Tunku Abdul Rahman?

Pendahuluan

1. Anak Raja
2. Melanjutkan Pelajaran ke England
3. Pegawai Tadbir Kedah
4. Malayan Union
5. Membawa Diri ke England
6. Pemimpin UMNO
7. Benih Kerjasama antara UMNO dengan MCA
8. National Convention dan Kelahiran Perikatan UMNO-MCA
9. Perikatan UMNO-MCA
10. Pilihan Raya Persekutuan 1955
11. Pertemuan Baling
12. Proses Menuntut Kemerdekaan
13. Masalah Dalaman Perikatan
14. Cabaran Parti Pembangkang
15. Gagasan Malaysia
16. Tentangan dalam Negeri
17. Tentangan Antarabangsa
18. Penyingkiran Singapura
19. Peristiwa 13 Mei 1969
20. Perjalanan Terakhir

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.647 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 2.9 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2004

4.8
Based on 4 reviews
5 star
75
75%
4 star
25
25%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
1-4 of 4 reviews
  1. (0) (0)
  2. (0) (0)
  3. (0) (0)
  4. (0) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan

    RM50.00
  • Pahlawan Tegar Merdeka

    Pahlawan Tegar Merdeka

    RM90.00