Out of stock

Busana Tradisional Negeri Sembilan

Penulisan bersama ALIAS ZAKARIA dan MASTURA MOHAMED BERAWI

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2019)
153 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM75.00

Out of stock

Busana Tradisional Negeri Sembilan mengetengahkan keindahan dan keunikan busana tradisional Negeri Sembilan. Khazanah budaya ini diserikan dengan ungkapan, pantun dan syair yang menggambarkan tentang busana. Pembaca dibawa menelusuri sistem adat perpatih yang mempengaruhi perkembangan busana di Negeri Sembilan. Busana harian seperti baju kurung, baju kebaya setengah tiang, baju kebaya belah panjang dan baju Melayu cekak musang dijelaskan satu-persatu. Begitu juga busana adat istiadat yang hanya terdapat di Negeri Sembilan, iaitu busana Ibu Soko, Dato’ Bentara Perempuan, Dato’ Lembaga, Dato’ Adat dan Buapak.

Busana pengantin Negeri Sembilan turut diperincikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Seterusnya bagi pencinta persembahan kebudayaan dan kesenian, turut ditampilkan busana Tarian Piring, Tumbuk Kalang dan Randai. Tidak ketinggalan sebagai pelengkap busana tradisional, pembaca dapat mengetahui lebih lanjut mengenai destar, tengkolok atau telepuk dan sanggul lintang. Kain samping yang menjadi pelengkap busana Melayu kaum lelaki dijelaskan cara pemakaian dan jenis ikatannya. Buku ini mampu menarik minat generasi kini untuk mengetahui asal usul, keistimewaan dan falsafah cara pemakaian busana tradisional yang diwarisi sejak turun temurun hingga sekarang. Buku ini amat bermakna kepada semua pencinta warisan budaya Melayu untuk melestarikan khazanah bangsa yang bernilai ini.

Bahagian awal Busana Tradisional Negeri Sembilan membicarakan secara ringkas tentang sejarah dan sistem adat perpatih d Negeri Sembilan. Penghuraian asal usul adat perpatih ini perlu diketahui sebelum mengena 1 busana tradisional Negeri Sembilan. Ini disebabkan terdapat perkaitan tentang sistem adat perpatih yang mempengaruhi perkembangan busana di Negeri Sembilan. Pemakaian busana yang sesuai dan kena pada tempatnya samalah seperti kita menjunjung budaya dan adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan. Seterusnya definisi dan sejarah busana serta jenis dan bentuk busana tradisional Negeri Sembilan diperkenalkan.

Bab-bab dalam buku ini memperincikan satu-persatu tentang jenis dan bentuk busana tradisional Negeri Sembilan. Pemakaian busana harian seperti baju kurung, baju kebaya setengah tiang, baju kebaya belah panjang dan baju Melayu cekak musang dijelaskan dan diperincikan. Seterusnya, buku ini menyentuh dan mendalami busana adat istiadat yang hanya terdapat di Negeri Sembilan, iaitu busana Ibu Soko, Dato’ Bentara Perempuan, Dato’ Lembaga dan Penyandang Pusaka. Selain itu, buku ini juga membicarakan mengenai busana pengantin Negeri Sembilan, iaitu busana pengantin perempuan dan lelaki yang diperincikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Penerangan selanjutnya. adalah mengenai busana semasa membuat persembahan kebudayaan dan kesenian seperti busana tarian piring, tumbuk kalang dan randai.

Bab selanjutnya menghuraikan tentang perhiasan di bahagian kepala seperti destar, tengkolok dan sanggul lintang. Huraian tentang destar dimulakan dengan sejarah destar, falsafah, simbolik dan lambang, reka bentuk, menakuk dan langkah menakuk destar, teknik dan contoh pemakaian destar.

Penerangan mengenai tengkolok juga meliputi topik seperti sejarah tengkolok, falsafah dan lambang, reka bentuk tengkolok serta proses dan langkah membentuk tengkolok. Hiasan kepala seterusnya menerangkan tentang sejarah sanggul lintang, perhiasan dan cara pemakaian sanggul lintang. Sanggul lintang diperkenalkan beserta contoh bergambar seperti sanggul lintang pasang siap, hiasan sanggul lintang dan gaya andaman sanggul lintang. Cara pemakaian hiasan kepala ini ditunjukkan secara terperinci untuk memudahkan kefahaman pembaca.

Samping adalah elemen penting dalam pemakaian busana tradisional terutamanya untuk kaum lelaki. Penerangan tentang samping berfokus kepada teknik ikatan samping seperti teknik ikatan kembung dan ikatan lingkup. Teknik ikatan ini pula dipelbagaikan mengikut kreativiti dan diberi nama yang menarik seperti Juntaian Kasih, Janda Berhias, Cekak Sembilan, Ombak Beralun, Ikatan Pahlawan, dan Dendang Perantau. Cara pemakaian dan teknik ikatan samping ini diperjelaskan satu-persatu dengan menunjukkan cara memakai samping yang betul berdasarkan jenis samping yang dihuraikan.

Pemakaian busana tradisional sudah tentu mempunyai nilai makna dan falsafah yang berkaitan dengan sifat manusia seperti malu, harga diri, tunjuk ajar serta membangkitkan maruah dan mengekalkan identiti budaya adat perpatih. Perkara ini perlu difahami oleh setiap orang agar sentiasa mengamalkan sifat sopan dalam berpakaian. Ini disebabkan bahawa pakaian itu membiaskan sikap si pemakai itu sendiri.

Bahagian terakhir buku ini merumuskan tentang keseluruhan topik yang dibincangkan. Pembaca dibawa untuk memfokuskan hala tuju busana tradisional di Malaysia dan diberikan saranan strategi mengekalkan dan mempertahankannya. Setiap ahli masyarakat bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan busana tradisional ini kerana kesinambungan budaya bangsa ini terletak dalam tangan masyarakat juga.

Busana Tradisional Negeri Sembilan merupakan bacaan umum yang amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kepada pengkaji, pendidik dan pelajar yang diharap bersama-sama berganding bahu untuk memelihara dan mengekalkan satu daripada warisan budaya bangsa. Rasa kecintaan terhadap busana ini perlu ditekankan atas beberapa faktor. Antaranya, busana ini merupakan cerminan adat di Negeri Sembilan. Catatan cara pemakaian busana berserta bingkisan gambar yang ditunjukkan di dalam buku ini diharap menjadi panduan untuk semua pencinta busana tradisional. Setiap busana yang ditampilkan mengandungi makna tersirat dan tersurat yang kalau dihayati sepenuhnya amat bermakna kepada kehidupan masyarakat.

Senarai Gambar
Kata Pengantar
Prakata
Penghargaan

1. PENGENALAN
Sejarah Negeri Sembilan
Sistem Adat Negeri Sembilan
Definisi Busana
Sejarah Busana
Jenis dan Bentuk Busana Tradisional Negeri Sembilan

2. BUSANA HARIAN
Baju Kurung
Baju Kebaya Setengah Tiang
Baju Kebaya Belah Panjang
Baju Melayu Cekak Musang

3. BUSANA ADAT ISTIADAT
Busana Adat Ibu Soko
Busana Adat Dato’ Bentara Perempuan
Busana Adat Dato’ Penyandang Pusaka

4. BUSANA PENGANTIN
Busana Pengantin Perempuan
Busana Pengantin Lelaki

5. BUSANA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
Busana Tarian Piring
Busana Persembahan Tumbuk Kalang
Busana Persembahan Randai

6. DESTAR
Sejarah dan Asal Usul Destar
Falsafah, Simbolik dan Lambang Destar
Reka Bentuk Destar
Menakuk Destar
Langkah menakuk destar
Teknik Memakai Destar

7. TENGKOLOK
Sejarah Tengkolok
Falsafah dan Lambang Tengkolok
Reka Bentuk Tengkolok
Proses Membentuk Tengkolok
Langkah membentuk tengkolok
Tengkolok Tanduk
Reka bentuk Tengkolok Tanduk
Langkah membentuk Tengkolok Tanduk

8. SANGGUL LINTANG
Sejarah Sanggul Lintang
Perhiasan Pemakaian Sanggul Lintang
Cara Pemakaian Sanggul Lintang
Sanggul Lintang Pasang Siap
Hiasan sanggul lintang

9. SAMPING
Pemakaian Samping
Teknik Ikatan Samping
Ikatan kembung
Contoh beberapa ikatan samping kembung
Ikatan lingkup
Langkah Mengikat Kain Samping
Ikatan samping Juntaian Kasih
Ikatan samping Janda Berhias
Ikatan samping Cekak Sembilan
Ikatan samping Ombak Beralun
Ikatan samping Pahlawan
Ikatan samping Dendang Perantau

10. FALSAFAH DAN MAKNA DALAM PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL
Malu
Harga Diri
Tunjuk Ajar
Membangkitkan Maruah (Kehormatan)

11. SARANAN DAN HALA TUJU BUSANA TRADISIONAL
Mengekalkan Identiti Budaya Adat Perpatih
Hala Tuju Busana Tradisional
Strategi Memelihara dan Mempertahankan Busana Tradisional

Lampiran – Senarai Temu Bual
Glosari Adat Negeri Sembilan
Bibliografi
Indeks

Weight0.528 kg
Dimensions20.2 × 22.8 × 1.1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.