Ceritera Bahasa menyajikan seribu satu cerita yang menyerlahkan sikap, tanggapan, dan peranan golongan-golongan penentu dalam masyarakat berbahasa Melayu di Malaysia. Setiap tulisan dalam buku ini berlatarbelakangkan isu semasa yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu dalam era pascamerdeka. Penulisnya telah melakukan analisis yang mendalam dan kritis tentang setiap episod dan mempersembahkan Ceritera Bahasa dengan pendekatan yang menarik.
Perkembangan sesuatu bahasa memang ditandai oleh pelbagai peristiwa dan cerita. Bahasa Melayu tidak terkecuali dalam hal ini, khususnya dalam perkembangannya memenuhi Dasar Bahasa bagi negara ini. Peristiwa dan cerita bahasa Melayu dalam menjelmakan peranannya sebagai cerminan akal bangsa, sebagai wadah kecendekiawanan, dan sebagai unsur penyatuan bangsa sarat dengan bayangan idealisme dan tidak kurang juga dengan bayangan sikap alpa dan tidak apa sebilangan kita. Perkembangan bahasa kita ternyata diwarnai oleh pelbagai unsur dan pengaruh—politik, sosiobudaya, pendidikan, dogma, pemikiran, dan sentimen. Kesemuanya melahirkan pelbagai cerita yang menarik, membanggakan, dan tidak kurang pula yang mengecewakan.
Demikianlah halnya mengapa kumpulan tulisan ini diberi judul Ceritera Bahasa. Setiap tulisan berlatarbelakangkan peristiwa semasa yang berkaitan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan, perancangan bahasa, dan sikap serta tanggapan golongan tertentu terhadap bahasa dan hal-hal yang bersangkutan dengan bahasa kita. Secara langsung para pembaca dibawa menyingkap peristiwa-peristiwa penting dalam perkembangan bahasa Melayu era pascamerdeka, dengan menyentuh tanggungjawab hampir semua golongan masyarakat di negara ini.
Prakata
Ceritera Pertama: Dasar Bahasa, Taraf Bahasa, dan Sikap Kita
1. Ketahanan dan Potensi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Moden
2. Mengisi Erti Taraf Bahasa Melayu
3. Erti Pejuang Bahasa
4. Perjuangan Bahasa: Perihal Elit yang Alpa
5. Politik Bahasa dan Bahasa Politik
6. Perihal Cinta Benar dan Cinta Palsu
7. Nasionalisme, Kereta Nasional, dan Bahasa Nasional
8. Pindaan Akta Bahasa Kebangsaan: Rotan di Sekolah dan Akta di Mahkamah
9. Pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Televisyen: Hendak ke Mana Kita?
10. Akan Matikah Pesakit yang Dirawat oleh Doktor Berbahasa Melayu?
11. Isu GMC dan Pengiktirafan Ijazah Perubatan Universiti Malaya
12. Hakikat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
13. Bahasa Merentas Kurikulum: Di manakah Kita Harus Bermula?
14. Ke Arah Manakah Pengajian Bahasa di Universiti Kita?
15. Suatu Kesan tentang Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Keempat
16. Bahasa Melayu Menyongsong Tahun 2020
17. Tamadun Berbahasa Melayu: Adakah Suatu Utopia?
18. Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara: Adakah Impian Belaka?
19. Bahasa Melayukah atau Bahasa Inggeriskah yang patut Menjadi Bahasa ASEAN?
20. Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN
21. Meninjau Bahasa Melayu di Singapura
Ceritera Kedua: Sistem Bahasa, Pengguna, dan Penggunaannya
1. Beberapa Salah Faham tentang Bahasa
2. Apakah Hakikat Perubahan Bahasa?
3. Benarkah Bahasa Melayu Sekarang Sukar Difahami?
4. Bahasakah yang Terlalu Cepat Berkembang atau Kitakah yang Ketinggalan?
5. Bahasa Baharu, Bahasa Lama
6. Logiskah Bahasa yang Anda Gunakan?
7. Penyerapan Kata Asing: Mengapa Dipermasalahkan?
8. Pengaruh Bahasa Asing: Yang Patut Diterima dan Yang Patut Ditolak (Bahagian 1)
9. Pengaruh Bahasa Asing: Yang Patut Diterima dan Yang Patut Ditolak (Bahagian 2)
10. Benarkah Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Berbeza?
11. Apabila Kesalahan Bahasa Dianggap Gaya
12. Antara Ketepatan Bahasa dan Kreativiti Bahasa
13. Membina Intelek Melalui Pembacaan
Ceritera Ketiga: Bahasa Baku dan Pembakuan Bahasa
1. Benarkah Bahasa Baku Menghilangkan Identiti Bangsa?
2. Perihal Pengislaman Bahasa
3. Bahasa Baku dan Pengislaman Bahasa
4. Bahasa Melayu Baku dalam Perkembangan Islam di Alam Melayu
5. Penyatuan Melalui Bahasa Terlarang dalam Islam?
6. Isu Penulisan Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia
7. Yang Canggih dan Yang Canggung
8. Apabila Tikus Membaiki Labu
9. Apakah Hakikat Profesionalisme dalam Terjemahan?
10. Ahli Ilmu yang Anti Ilmu Bahasa
Bibliografi Terpilih
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Farah Shuhadah Rosli (Verified Reader) –
Pembelian kali ke-4 tetap tidak mengecewakan. Buku dalam keadaan yang amat baik. Masih bersampul rapi dan disampul dengan balutan yang kemas. Servis Penghantaran dalam masa yang singkat. Teruskan menjadi sebuah platform bagi mencari bahan ilmiah yang sukar dijumpai di tempat lain. Terima kasih