Lidah Melayu: Kitab ‘Ilmu Bahasa Jawi

AḤMAD YA’QŪB AL-JOHORI (b. 1891 – d. 1959) adalah bekas Pemeriksa Sekolah-Sekolah Johor.

Pengenalan, perumian dan suntingan oleh MUHAMMAD SYUKRI ROSLI

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2021)
576 halaman termasuk Glosari dan Daftar Rujukan

RM65.00

In stock

Lidah Melayu: Kitab ‘Ilmu Bahasa Jawi karangan Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Ya’qūb al-Johori merupakan kitab asas Bahasa Jawi yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1949. Naskhah yang digunakan dalam suntingan, perumian dan penerbitan ini ialah naskhah edisi kedua, yang diterbitkan tahun 1954 dan dicetak oleh F.W. Press, Singapore-8. Naskhah ini mempunyai 276 muka surat dan dijilid dengan dawai kokot berkuras. Ketinggian naskhah ialah 187 mm dan kelebarannya 132 mm. Kertasnya ialah kertas 70gsm bercetak hitam putih dan dijilid oleh kulit 120gsm bercetak biru.

Agak sulit bagi seorang penuntut ilmu untuk memahami kepentingan Kitab Lidah Melayu ini, jika dia tidak mengetahui di manakah kedudukannya dalam peta ilmu lebih-lebih lagi peta ilmu bahasa Jawi. Dalam disiplin ilmu bahasa atau linguistik semasa, kitab Jawi yang membicarakan ilmu bahasa seperti ini sudah tentu sulit mendapat tempat dan perhatian. Bahkan, jika menggunakan kerangka ilmu kesusasteraan moden dalam meninjau perkembangan sastera tradisional pun, kitab bahasa seperti ini pun juga seperti tidak diperhatikan dan tidak diketahui apakah kedudukannya.

Kitab Lidah Melayu seolah-olah seperti sebuah karya yang langsung tidak diperhatikan dalam sejarah perkembangan ilmu bahasa Melayu secara amnya, ataupun sejarah perkembangan Jawi secara khususnya. Ia seperti hilang daripada jangkauan mata sarjana dan lenyap daripada susunan keilmuan bangsa. Sungguhpun pengarang, Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Ya’qūb al-Johori, pernah menjawat jawatan penting pendidikan kerajaan negeri Johor, namun kitab sebegini sebegitu asing baik di rak perpustakaan mahupun di kalangan penjual buku nadir.

Pun begitu, jika diselak helaian demi helaian kandungan kitab ini, nescaya kita akan temukan beberapa kandungan yang sangat menarik mengenai perkembangan keilmuan bahasa Melayu pada zaman selepas Perang Dunia Kedua dan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Masakan tidak, halaman awalnya pun sudah membariskan sejumlah peristilahan dasar yang menjadi asas kepada suatu sistem tradisi keilmuan bahasa tradisional—dan dalam hal ini, kita namakannya dengan ‘Ilmu Bahasa Jawi. Dengan Kitab Lidah Melayu ini, hujahan ini akan buktikannya.

Penghejaan dan perumian
Tentang Akademi Jawi Malaysia
Penghargaan

Pengenalan
LIDAH MELAYU: PEMETA ‘ILMU BAHASA JAWI
oleh Muhammad Syukri Rosli

Muqaddimah
Permasalahan
Siapakah Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Ya’qūb al-Johori?
Naskhah Lidah Melayu
Peta Ke’ilmuan Bahasa Jawi
Peta ‘Ilmu Bahasa daripada Lidah Melayu
‘Ilmu Tulisan
‘Ilmu Tanggaman
‘Ilmu Nahu
‘Ilmu Balaghah
‘Ilmu Mengarang
Pemetaan ‘Ilmu Bahasa Jawi
Petalaan ‘Ilmu Bahasa Jawi
Kesimpulan

KITAB LIDAH MELAYU
oleh Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Ya’qūb al-Johori

Kata Penerbit
Kenyataan Salah Benar Lidah Melayu
Perbahasaan Lidah Melayu
Kata Pengarang

Pendahuluan Pengarang
Pendahuluan Kitab
Permulaan

Bahagian yang Pertama

Faṣal yang Pertama: Nama Tetap
Faṣal yang Kedua: Nama Terbitan
Faṣal yang Ketiga: Nama ‘Am
Faṣal yang Keempat: Nama Khas
Faṣal yang Kelima: Nama Masa
Faṣal yang Keenam: Nama Tempat
Faṣal yang Ketujuh: Nama Perkakas
Faṣal yang Kedelapan: Nama yang Memperbuat
Faṣal yang Kesembilan: Nama yang Diperbuat
Faṣal yang Kesepuluh: Pada Menyatakan Nama Masa atau Tempat bagi Perbuatan
Faṣal yang Kesebelas: Pada Menyatakan Nama Sebab-Sebab Berlaku Perbuatan
Faṣal yang Kedua Belas: Ganti Nama
Faṣal yang Ketiga Belas: Nama yang Dihubungkan
Faṣal yang Keempat Belas: Permulaan kata dan berita kata
Faṣal yang Kelima Belas: Ganti yang Melakukan Perbuatan
Faṣal yang Keenam Belas: Nama Isharat
Faṣal yang Ketujuh Belas: Nama yang Dikecualikan
Faṣal yang Kedelapan Belas: Kelakuan atau Hal
Faṣal yang Kesembilan Belas: Pembeza Kata
Faṣal yang Kedua Puluh: Nama Bilangan
Faṣal yang Kedua Puluh Satu: Nama yang Diseru
Faṣal yang Kedua Puluh Dua: Nama Sandaran
Faṣal yang Kedua Puluh Tiga: Sifat
Faṣal yang Kedua Puluh Empat: Nama Gelaran

Bahagian yang Kedua: Pada Menyatakan Perbuatan

Faṣal yang Pertama: Perbuatan Sudah
Faṣal yang Kedua: Perbuatan yang Akan Datang
Faṣal yang Ketiga: Perbuatan Sedang
Faṣal yang Keempat: Perbuatan Suruh
Faṣal yang Kelima:Jenis-jenis Perbuatan
Faṣal yang Keenam: Darjah Perbuatan

Bahagian yang Ketiga: Pada Menyatakan Ḥurūf atau SendiKata

Faṣal Alīf (ا)
— Adapun (ادڤون)
— Adakah (اداکه)
— Aduh (ادوه)
— Aduhai (ادوهي)
— Apabila (اڤبيل)
— Apakala (اڤکل)
— Alih-alih (اليه٢)
— Alangkah (الڠکه)
— Amat (امة)
— Amboi (امبوي)
— Apalah (اڤاله)
— Akan (اکن)
— Akan-akan (اکن٢)
— Utama (اوتام)
— Oleh (اوله)
— Itu (ايت)
— Ini (اين)
— Inikan (اينکن)
— Ayuhai (ايوهي)
— Eh (ايه)

Faṣal al-Bā’ (الباء)
— Barang (بارڠ)
— Barang di mana (بارڠدمان)
— Barangsiapa (بارڠسياڤ)
— Barangkali (بارڠکالي)
— Barang ke mana (بارڠکمان)
— Bagi (باݢي)
— Bagai (باݢي)
— Bagaimana (بݢيمان)
— Bah (به)
— Bah-bah (به٢)
— Bahkan (بهکن)
— Bahawa (بهوا)
— Ber (بر)
— Betapa (بتاڤ)

Faṣal al-Tā’ (التاء)
— Tetapi (تتاڤي)
— Tak usah (تأ اوسه)
— Ter (تر)
— Tub-tub (توب٢)
— Tiba-tiba (تيبا٢)
— Tetekala (تتکل)

Faṣal Jim (ج)
— Jangan (جاڠن)
— Jua (جوا)
— Juga (جوݢ)
— Jikalau (جکلو)
— Jika (جيک)

Faṣal Cha (چ)
— Chak (چق)
— Cis (چيس)

Faṣal Khā’ (خ)
— Khuṣūṣan (خصوصا)

Faṣal Dāl (د)
— Di (د)
— Dan (دان)
— Dari (دري)
— Daripada (درڤد)
— Dengan (دڠن)
— Di mana (دمان)

Faṣal Rā’ (ر)
— Rupa-rupanya (روڤا٢ڽ)

Faṣal Sīn (س)
— Se (سـ)
— Seolah-olah (سئوله٢)
— Seumpama (سؤمڤام)
— Sebagaimana (سبݢيمان)
— Seperti (سڤرت)
— Supaya (سڤاي)
— Sekali (سکالي)
— Sekali-kali (سکالي٢)
— Sekali persetua (سکاليڤرستوا)
— Sekalipun (سکاليڤون)
— Selama (سلام)
— Selagi (سلاݢي)
— Sekonyong-konyong (سکوڽڠ٢)
— Salangkan (سالڠکن)
— Sahaja (سهاج)
— Sehingga (سهڠݢ)
— Siapa (سياڤ)
— Semata-mata (سمات٢)

Faṣal Fā’ (ف)
— Pe (ڤـ)
— Pada (ڤد)
— Padahāl (ڤدحال)
— Per (ڤر)
— Peng (ڤڠـ)
— Pem (ڤمـ)
— Pen (ڤنـ)
— Pun (ڤون)

Faṣal Kāf (ک)
— Ke (کـ)
— Kalau ()
— Kecuali (کچوالي)
— Kerana (کران)
— Kepada (کڤد)
— Kalakian (کلکين)
— Kemudian (کمدين)
— Kah (که)
— Konon (کونن)
— Kiranya (کيراڽ)

Faṣal Lām (ل)
— Lamun (لامون)
— Laksana (لقسان)
— Lah (له)

Faṣal Mīm (م)
— Macam (ماچم)
— Masakan (مساکن)
— Meskipun (مسکيڤون)
— Manakala (منکل)
— Me (مـ)
— [Meng] (مڠـ)
— Mana (مان)
— Menge (مڠـ)
— Mengapa (مڠاڤ)
— Melainkan (ملينکن)
— Mem (ممـ)
— Maka (مک)
— Man (مان)
— Men (من)
— Mentang pun (منتڠ ڤون)
— Mentelah (منتله)
— Moga-moga (موݢ٢)
— Mudah-mudahan (مدهمداهن)
— Maha (مها)

Faṣal Nūn (ن)
— Nescaya (نسچاي)
— Nan (نن)
— Nah (نه)
— Nun (نون)

Faṣal Wāw (و)
— Wan (وان)
— Wah (واه)
— Wahai (واهي)
— Weh (ويه)

Faṣal Hā’ (هـ)
— Hā’ (هاع)
— Hanya (هاڽ)
— Hubaya-hubaya (هباي٢)
— Hingga (هڠݢ)
— Hingga pun (هڠݢ ڤون)
— Hendaklah (هندقله)
— Hore (هوري)
— Hah (هه)
— Hai (هي)
— His (هيس)
— Hip-hip (هيڤ٢)

Faṣal Yā’ (ي)
— Yang (يڠ)
— Ya (ي)

Faṣal Nyā (ڽ)
— Nya (ڽ)

Bahagian yang Keempat: Pada Menyatakan Ma’nā Peribahasanya Melayu

Faṣal yang Pertama: Pada Menyatakan Perkataan yang Berulang-Ulang
Faṣal yang Kedua: Pada Menyatakan Perkataan dan Ma’nānya dalam Bahasa Melayu
Faṣal yang Ketiga: Pada Menyatakan Perkataan yang Berbendung
Faṣal yang Keempat: Pada Menyatakan Sandaran
Faṣal yang Kelima: Pada Menyatakan Buang
Faṣal yang Keenam: Pada Menyatakan Simpanan Kata atau Takhṣīṣ
Faṣal yang Ketujuh: Pada Menyatakan Penguwwat Kata
Faṣal yang Kedelapan: Pada Menyatakan Bilangan dan Ketentuannnya
Faṣal yang Kesembilan: Pada Menyatakan Perkataan Pinjaman
Faṣal yang Kesepuluh: Pada Menyatakan Qiyāsan Melayu
Faṣal yang Kesebelas: Pada Menyatakan Gurindam dan Seloka

Bahagian yang Kelima

Faṣal yang Pertama: Pada Menyatakan Qā’idah Mengarang Sha’ir
Faṣal yang Kedua: Pada Menyatakan Pantun Melayu

Glosari
Daftar Ruju’kan
Indeks

لمڤيران کتاب ليده ملايو

Weight1.117 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 4.4 cm
Author(s)

,

Format

Class

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.