Gagasan Persuratan Baru adalah edisi kedua buku Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan (2008). Beberapa bab baru telah ditambah untuk mengemaskinikan idea dan maklumat tentang Persuratan Batu, dengan itu memperkukuhkan lagi teras hujahan bahawa gagasan Persuratan Batu adalah satu alternatif berbeza dalam kritikan sastera dan penulisan karya.
Berpaksikan konsep ilmu yang benar, dengan menjadikan konsep taklif sebagai tunjang kritikan penulisan kreatif, Bahagian I Gagasan Persuratan Baru menghuraikan beberapa prinsip mama gagasan tersebut, misalnya peranan taklif dalam penulisan kreatif dan keindahan bahasa berasaskan konsep ihsan. Bahagian II berupa penerapan Persuratan Baru dalam menganalisis dan menilai beberapa buah novel terpilih, dengan memberi tumpuan kepada konsep mang naratif dan penggunaannya serta penerapan wacana dalam karya kreatif.
Keupayaan menerapkan wacana dalam membina karya, diiringi penggunaan unsur cerita yang terkawal, akan menentukan kualiti karya sebagai sebuah hasil seni yang indah dan bermakna.
Sebagai sebuah gagasan yang kehadirannya jelas mencabar praktis penulisan kreatif dan kritikan dewasa ini, cetakan kedua buku ini adalah perlu bagi memastikan perkembangan sihat sastera Melayu seterusnya.
Edisi ini mengguna judul Gagasan Persuratan Baru, menggugurkan beberapa bab daripada edisi pertama dan menambah tiga bab baru iaitu Bab Pengenalan dengan judul iringannya “Persuratan Baru: Anjakan Positif yang Diperlukan oleh Sastera Melayu”; Bab 1, “Kegagalan Kritikan Sastera Membina Tradisi Berasaskan Konsep Ilmu yang Benar”; dan Bab 5 “Kesusasteraan Melayu di Persimpangan Jalan: Anti-intelektualisme, Hasad, Pandirisme.”
Bab Pendahuluan membincangkan perkembangan terkini tentang Persuratan Baru sejak cetakan pertama buku ini pada tahun 2008. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Persuratan Baru terserlah sebagai kerangka analisis yang mampu menawarkan alternatif yang berkesan, utuh dan boleh dipertanggungjawabkan dari segi akademik, jelas tentang kriteria yang diguna pakai, tegas memelihara dan menghidupkan semula tradisi penulisan Melayu-Islam, dan sekaligus meletakkannya sebagai kerangka analisis yang berbeza daripada kerangka tempatan lain. Lebih penting lagi, ia mampu menjadi benteng mantap terhadap asakan kerangka dan teori luar khususnya teori Barat yang banyak bertentangan dengan nilai agama dan budaya tempatan.
Reviews
There are no reviews yet